Assalamualaikum
semua! Bagaimana hari anda? Hebat? Sangat hebat? Bagus? =) hehe. Bagus atau
tidak hari anda, anda jew yang tahu kan? Hari aku cukup bagus..selepas exam
sume bagus (hahaha =P) Bagi teman2 yang harinya kurang hebat atau kurang bagus,
SABAR adalah kunci utamanya. Tak semua hari adalah hari kita kan? Aku pun
pernah hadapi hari yang kurang bagus, selepas exam, aku n kuarge bercuti di
johor. Keluarga aku ramai yang menetap di johor, jadi sebelum CNY aku,mek dan
ayoh aku akan pergi ke johor untuk bercuti, tapi kali ni lain sikit sebab abang
ipar aku ditahan diwad kerana denggi berdarah! Aku dengar pon takut, aku yang
dua kali masuk wad kerana suspek denggi pon tak tahan ,tu baru suspek , ni dah
disahkan menghidap denggi berdarah, dan ditahan diwad lagi la teruk
keadaannya.Dalam beberapa hari jugak ditahan di icu sebab keadaan yang parah.Kesian
anak2 sedara aku yang kecik2 lagi, kakak aku lagi lah.Selepas beberapa hari ,
abang ipar aku ditempatkan di wad biasa , dia dimasukkan lagi di icu kerana
jangkitan pada paru2, aku dengar pon seram.Tapi Alhamdulillah dengan berkat doa
kakak aku dan keluarga, abang ipar aku masih lagi dipanjangkan umur dan
dibenarkan keluar wad.Musibah datang bila2 masa saja, kite sebagai hambanya
kene percaya itu semua dari Allah.Itu hari yang kurang bagus untuk keluarga
aku.
![]() |
time sedih ..aku baca ayat kursi ,nasihat dari kawan |
Tapi Alhamdulillah, masih ada lagi hari yang
bagus buat aku. Hari keputusan keluar…aku tak nafikan sebelum result keluar tu
bukan saat yang indah yew, rasa berdebar
tu tersangat2 lah kuat.result keluar 14 feb , malam tu biasanyer result akan
dihantar melalui email, jadi kerana debaran tu, tambah lagi aku tak boleh
tidur, aku pon duk menunggu la result melalui email (buang masa kan? Haha..tak
boleh tidur sangat =$ ) kul 2 duk semak email, xde…3am pon xde..sedar2 bunyi
alarm kejutkan subuh! Selepas solat, ingat nak sambung tidur..tapi tak jadi
sebab ada kawan hantar mesej “dah cek dah? Saya Alhamdulillah” jadi semangat
nak tidur dikalahkan lagi dengan perasaan berdebar tu, semak lagi sekali
melalui email, tapi xde =( nak semak kot student portal kul 9 baru buka, so,
menunggu dengan debaran…huuhuhu..dah la tak boleh tidur, lepas tu mintak tolong
dalam group PEERS, mujurlah ade adik peers yang bagitahu semak dalam isiswa microsoft tu, so, aku try la….bukak2
aku terkejut, Alhamdulillah!…walaupon itu semester killer bagi aku, tapi
Alhamdulillah Allah masih bagi aku nikmat =) walaupon aku sedikit kecewa sebab
******** tapi aku tetap bersyukur sebab semuanya lulus.Itu adalah hari yang cukup hebat untuk
aku.
Dalam hidup
kita pasti akan ada hari hebat dan
kurang hebat, hari kurang hebat itu adalah musibah dari Allah untuk menguji
keimanan hambanya atau peringatan dari Allah untuk hambanya.Hari yang hebat
adalah nikmat dari Allah yang perlu disyukuri dan juga ujian Allah.Musibah atau
Nikmat semuanya ujian Allah untuk menguji hambanya dan semuanya dari Allah yang
kita perlu terima dengan redha, itu termasuk dalam rukun iman yang ke-6 iaitu
beriman kepada qada’ dan qadar.Salam =)
![]() |
Allah uji kita sesuai dgn kemampuan..ingat tu |
No comments:
Post a Comment