Friday, 7 March 2014

KOPITIAM KITA : Roti Titab yang Lazat



ASSALAMUALAIKUM ..esok nak breakfast ape yew? Roti canai? Nasi lemak? Hehe..sini aku nak share satu tempat special untuk anda semua breakfast, maklum lah … breakfast penting untuk kita .., hahhhh..sini nak share tempat breakfast yang paling best di Kelantan..hehe, macam jalan2 cari makan pulak..kalau sape2 yang nak datang ke Kelantan n berminat nak mencuba segala juadah sarapan di Kelantan, boleh lah singgah di Kopitiam Kita..pelbagai juadah kita boleh cuba, nasi tumpang, nasi lemak, nasi dagang,nasi kak wok n etc.Klau nak tahu, Kopitiam Kita nie terletak di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa Kota bharu.Kopitiam nie memang terkenal di Kelantan,kerana juadah nya yang pelbagai, yang aku tahu,  kopitiam nie, segala jenis nasi di Kelantan ada jual disini. Aku pon teringin lah nak pergi ke Kopitiam Kita, yang mendapat sambutan adalah Roti Titab, roti bakar diletakkan telur separuh masak dan ada kaya di penjuru nya.Aku pon try roti nie, memang sedap tak tipu..hehe…tak kisah lah nak makan banyak mane pon breakfast ni sebab kite memerlukan tenaga yang cukup untuk memulakan hari kita..pepatah inggeris berkata (berkata ke?? Hahaha..ayat tunggang terbalik) “breakfast like a king, lunch like a prince , dinner like a pauper” hehe..so, kalau nak makan breakfast like a king, pergi jew Kopitiam Kita, banyak sangat juadah di sana.

roti titab..sedap sangat kombinasi telur separuh masak, kaya n roti bakar



macam2 pilihan nasi ade..

ramai jugak selebriti2 yang datang sini
tu jew nak citer, gambar memang amik sikit jew sebab malu..haha..ramai kot pelanggan.Salam

No comments:

Post a Comment