Saturday, 15 March 2014

Bengkel Amos yang Superbbb



Assalamualaikum semua dan selamat malam..huk! hari yang penat sebab dua hari berturut2 (jumaat dan sabtu) ada bengkel computer.Ni program Comobista yang anjur, aku jaga pendaftaran, tajuk bengkel ni AMOS for great future.Arr, dengar amos kan? Bukan kuih yew tapi sejenis software macam SPSS jugak.Aku baru tahu yang Amos nie lebih diperlukan dari SPSS untuk praktikal nanti! Huhu…aku pernah tolong kawan2 dalam SPSS masa dieorang praktikal, sume questionnaire banyak anak2, so tadi Doktor Zainuddin bagitahu (Pensyarah yang lucu..haha) sangat tidak sesuai lakukan research mengunakan SPSS kalau questionnaire kite ada banyak nilai X and Y ( mesti ada yang tak faham..hehe, jangan bimbang dan jangan tak lalu makan.. =) sebab aku akan post ilmu statistic yang aku belajar nanti dalam blog..jangan tertido sudah..hahaha) .Bengkel ni best sangat sebab banyak pengkongsian yang aku dapat.Note pon aku ada, Doktor Zainuddin bagitau sape2 nak share note tu ok jew..hehe, so sape nak bagi tahu aku yew.For your information,Doktor Zainuddin seorang pensyarah yang superb dalam Amos nie, student PhD serata Universiti banyak minta tunjuk ajar beliau.Huhuhu..mungkin ada yang yang tak faham ape itu Amos kan?? Untuk ape Amos ?? kelebihan die ape? Apa beza Amos dan SPSS ? aku memang nak sangat share tp aku penat dan mata dah berat, malam jumaat lagi la, lepas isyak terus tido sebab penat sangat (banyak brfikir kot dalam bengkel..hahaha) ..due hari berturut2 ..fuhhh..ok, nanti aku share ilmu Amos nie ye, ilmu yang superb dan unik! Sebelum tu tengok jela gambar yang kurang menarik dari kamera aku…kikiki 
menunggu student part 6 datang..penat taw susun meja n kerusi nie, comobista kekurangan lelaki! hehe



seramai 115 orang student part 6 Degree in Statistik

gambar 1: skema kan..duduk depan..haha,  gambar 2: dR Zai   yang lucu gambar 3: lukisan bulat kecil bulat besar ..tu la die cik Amos! cantik tak die, hehe





p/s: sori kawan2 dulu aku kurang ilmu research..huhuhu, so, tolong yg termampu jew dalm SPSS, kalu nak tanya pasal Amos ni , In sha Allah aku blh tlg sikit2 =)




Saturday, 8 March 2014

PRAY FOR MH370



Assalamualaikum  dan selamat pagi semua, aku tahu rakyat  Malaysia sedang berduka sekarang mengenangkan peristiwa kehilangan pesawat MH370.Kelmarin saja, baik media elektronik  media social, semua menyiarkan peristiwa ini.Pesawat MH370 perjalanan dari Malaysia ke Beijing hilang dari komunikasi menara.Pesawat ni memuatkan 239 kesemua penumpang termasuk anak kapal.
Aku turut bersedih atas kejadian ini,yela..cuba bayangkan kalau salah seorang ahli keluarga kita berada di dalam kapal terbabit..apa perasaan anda? lagi membuatkan aku sedih adalah apabila melihat situasi sekeliling, cukup terkilan sangat.Ketika kaum keluarga bersedih dan berdoa bagi memudahkan pencarian, masih ada segelintir pihak yang kaitkan peristiwa ini dengan politik.
Wahai manusia, tak semua perkara yang berlaku adalah mainan politik.Nilai nyawa manusia cukup mahal dan berharga untuk di jadikan mainan.
Ye, aku sangat terkilan dan sedih apabila terbaca di internet.Manusia yang biadab ini..(maafkan aku ..tapi itu sepatutnya panggilan yang layak untuk golongan ini, golongan yang suka menanguk di air yang keruh) langsung tidak terfikir apa perasaan kaum keluarga mangsa.Mereka hanya mampu mengeluarkan statement2 yang tidak masuk akal tanpa memikirkan kesannya.Apa perasaan kalian jikalau ahli keluarga anda yang mengalami situasi ini? Mainan politik lagi? Dan ada jugak yang menjadikan isu ini gurauan.Gurauan?? Ntah lah manusia sekarang aku pon pelik dengan mereka.
 
Doakan mereka..

Ada lagi satu yang aku kurang suka, sebelum tu aku mintak maaf sekali lagi kalau ada yang kurang senang dengan pendapat aku, aku kurang suka dengan sikap wartawan yang berkejar2 untuk dapatkan komen ahli keluarga mangsa. Ye , aku tahu sememangnya tugas mereka untuk dapatkan info, tapi pertanyaan mereka mungkin akan menyebabkan ahli keluarga mangsa bertambah sedih.
Aku cuba letakkan diri ditempat mereka, saat aku cemas menantikan berita sedih ini, ada wartawan yang cuba menemuduga, pasti perasaan aku lagi cemas.Aku tiada ilmu dalam kewartawanan tapi aku ada sedikit ilmu psikologi, aku tahu, ketika seseorang bsedih dia memerlukan ruang untuk bertenang.

Ini hanya pendapat aku, dan aku tahu setiap manusia ada pendapat masing2.Sekali lagi aku minta maaf kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku.Sentiasa menitipkan doa untuk mangsa2 pesawat, semoga di dalam keadaan selamat, kita tak mampu untuk melawan takdir YANG MAHA ESA tapi kita mampu berdoa semoga YANG MAHA ESA selamatkan mereka.Dan yang pasti, kita semua akan kembali kepada YANG MAHA ESA.

Friday, 7 March 2014

KOPITIAM KITA : Roti Titab yang Lazat



ASSALAMUALAIKUM ..esok nak breakfast ape yew? Roti canai? Nasi lemak? Hehe..sini aku nak share satu tempat special untuk anda semua breakfast, maklum lah … breakfast penting untuk kita .., hahhhh..sini nak share tempat breakfast yang paling best di Kelantan..hehe, macam jalan2 cari makan pulak..kalau sape2 yang nak datang ke Kelantan n berminat nak mencuba segala juadah sarapan di Kelantan, boleh lah singgah di Kopitiam Kita..pelbagai juadah kita boleh cuba, nasi tumpang, nasi lemak, nasi dagang,nasi kak wok n etc.Klau nak tahu, Kopitiam Kita nie terletak di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa Kota bharu.Kopitiam nie memang terkenal di Kelantan,kerana juadah nya yang pelbagai, yang aku tahu,  kopitiam nie, segala jenis nasi di Kelantan ada jual disini. Aku pon teringin lah nak pergi ke Kopitiam Kita, yang mendapat sambutan adalah Roti Titab, roti bakar diletakkan telur separuh masak dan ada kaya di penjuru nya.Aku pon try roti nie, memang sedap tak tipu..hehe…tak kisah lah nak makan banyak mane pon breakfast ni sebab kite memerlukan tenaga yang cukup untuk memulakan hari kita..pepatah inggeris berkata (berkata ke?? Hahaha..ayat tunggang terbalik) “breakfast like a king, lunch like a prince , dinner like a pauper” hehe..so, kalau nak makan breakfast like a king, pergi jew Kopitiam Kita, banyak sangat juadah di sana.

roti titab..sedap sangat kombinasi telur separuh masak, kaya n roti bakar



macam2 pilihan nasi ade..

ramai jugak selebriti2 yang datang sini
tu jew nak citer, gambar memang amik sikit jew sebab malu..haha..ramai kot pelanggan.Salam