Tuesday, 5 May 2015

8 RAHSIA WANITA YANG LELAKI WAJIB TAHU SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum , memang lame ye iolls tak update blog..kikiki, nk jd blogger berjaya katanya =P tapi tindakan kurang..hehe, So..iolls  taknak la buang mase merapu dan mengarut..meh kite berbalik kepada topic hot diatas..hot ke? Haha.. tapi betul ye, 8 perkara ni memang lelaki wajib tahu..taklah nanti lepas kahwin terkejut dengan perangai isteri yang menjadi habit ni..haha..so, iolls taknak suami2 uolls terkena penyakit jantung sbb terkejut  (sangat over bunyi nya..hahaha)..lebih baik uolls tolong bacakan ni untuk bakal –bakal suami uolls (eh, bakal ke bakal-bakal..ahaha).

      1) Rambut

Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And korang jangan lah buat-buat over or drama pikir yang bukan-bukan, isteri korang ada penyakit kanser ke, melalak ke..aku lempang korang kalau korang buat drama..hahaha, tu sebenarnya isteri korang mengalami keguguran rambut..normal bagi perempuan mengalami keguguran rambut dan kalau hari2 sebakul tong sampah rambut isteri korang gugur, tu baru korang patut risau..hehe, dah sampai botak licin rambut isteri korang gugur, itu bukan keguguran rambut biasa lagi dah..ini baru korang patut risau.

 2) Pakaian tidur
Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda kerana yang menjadi pilihan isteri-isteri anda adalah baju kelawar dan seluar tidur pasar malam. HAHAHA..ini kerana perempuan lebih suka keselesaan semasa tidur, bukannya baju tidur yang cantik ala2 puteri beradu. Dan jangan juga terkejut seandainya isteri anda hanya pakai baju tidur yang sama setiap malam =P
 3)  Bangun tidur
Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Dan kalau korang nak tengok wajah asli isteri korang , masa yang sesuai adalah waktu bangun tidur..korang jangan lah terpekik terlolong sebab terkejut dengan wajah isteri korang yang naked..itu dah melampau, korang buat jugak..aku tendang korang..hahaha..korang jangan berangan lah bangun2 tidur, isteri korang dah cantik berhias..kadang2 korang akan dikejutkan dengan rambut yang kusut masai..haha..itu adalah normal..dan kalau korang nak isteri cantik sepanjang masa, tidur cantik..bangun tidur cantik seperti makeup..korang kahwin je dengan angan2..sebab itu tak wujud, haha (tapi bagi aku..itu lah kecantikan sebenarnya wanita..sebab takde makeup2)

 4) Masak
Tidak semua wanita handal memasak, korang jangan ingat bahawa semua wanita adalah masterchef didapur. Wanita akan belajar memasak sedaya upaya untuk anda  makan kerana semua wanita inginkan suaminya makan makanan dari air tangan mereka. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda..hehe, dan anda tak perlulah menjadi juri awam yang mengkritik isteri anda, melainkan anda kritik yang membina..ingat senang ke memasak? Ada juga wanita yang tak pandai menanak nasi? Hahaha

 5) Wanita dan PMS
 Apa itu PMS? Ini penyakit wanita yang datang bulan, seperti moody dan angin berubah2. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, janganlah anda membalas dengan moody jugak. Ketahui cara untuk mengatasi masalah ini, hal ini sentiasa terjadi kepada insan bergelar wanita. Selepas tempoh PMS tersebut, wanita ini boleh jadi secomel-comel kucing..hahaha.

 6) Bantal busuk
Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan bear/anak patung/ selimut. So, anda kenalah berkenalan dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya kerana anda akan tidur juga dengan aset2 tersebut..hehehe. Kalau berbau, tahan jela belalang..hehehe..

 7)   Banyak produk
Rahsia wanita? Harus lah produk yang bermacam –macam jenis. Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan. Untuk perjagaan rambut saja dah penuh satu ruang, belum dikira lagi produk badan, kulit, muka dan perfume.Ketahui lah, meja solek anda hanya untuk barang kecantikan isteri anda sahaja, hehehe.. nak isteri cantik? jadi jangan merungut! Hahaha.
 8) Pelbagai variasi soalan
 Wanita memang seorang yang ‘peramah’ suka bertanya dan bercakap (bukan berleter ye..hahaha) . Ini kerana wanita mempunyai 20000 patah perkataan sehari untuk bercakap..so, faham – faham lah apabila wanita bercakap, sebagai lelaki..anda kerna ambil tahu dan ambil hati wanita tersebut supaya perasaan jauh hati dapat dielakkan. Wanita juga memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Bukan kerana tidak bersyukur, tapi lebih kepada inginkan pujian daripada suaminya..takkan suami orang pulak nak pujikan? Hehehe..

No comments:

Post a Comment