Assalamualaikum ,
memang lame ye iolls tak update blog..kikiki, nk jd blogger berjaya katanya =P
tapi tindakan kurang..hehe, So..iolls
taknak la buang mase merapu dan mengarut..meh kite berbalik kepada topic
hot diatas..hot ke? Haha.. tapi betul ye, 8 perkara ni memang lelaki wajib
tahu..taklah nanti lepas kahwin terkejut dengan perangai isteri yang menjadi
habit ni..haha..so, iolls taknak suami2 uolls terkena penyakit jantung sbb
terkejut (sangat over bunyi
nya..hahaha)..lebih baik uolls tolong bacakan ni untuk bakal –bakal suami uolls
(eh, bakal ke bakal-bakal..ahaha).
1) Rambut
Apabila anda berkahwin kelak, anda akan
jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru
disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And korang
jangan lah buat-buat over or drama pikir yang bukan-bukan, isteri korang ada
penyakit kanser ke, melalak ke..aku lempang korang kalau korang buat
drama..hahaha, tu sebenarnya isteri korang mengalami keguguran rambut..normal
bagi perempuan mengalami keguguran rambut dan kalau hari2 sebakul tong sampah
rambut isteri korang gugur, tu baru korang patut risau..hehe, dah sampai botak
licin rambut isteri korang gugur, itu bukan keguguran rambut biasa lagi
dah..ini baru korang patut risau.
2) Pakaian
tidur
Imej wanita yang berbaju tidur
mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih
sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda
punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan
'sensasi' anda kerana yang menjadi pilihan isteri-isteri anda adalah baju
kelawar dan seluar tidur pasar malam. HAHAHA..ini kerana perempuan lebih suka
keselesaan semasa tidur, bukannya baju tidur yang cantik ala2 puteri beradu.
Dan jangan juga terkejut seandainya isteri anda hanya pakai baju tidur yang
sama setiap malam =P
3) Bangun
tidur
Wanita tidaklah mengenakan make up
sepanjang masa. Dan kalau korang nak tengok wajah asli isteri korang , masa
yang sesuai adalah waktu bangun tidur..korang jangan lah terpekik terlolong
sebab terkejut dengan wajah isteri korang yang naked..itu dah melampau, korang
buat jugak..aku tendang korang..hahaha..korang jangan berangan lah bangun2
tidur, isteri korang dah cantik berhias..kadang2 korang akan dikejutkan dengan
rambut yang kusut masai..haha..itu adalah normal..dan kalau korang nak isteri
cantik sepanjang masa, tidur cantik..bangun tidur cantik seperti makeup..korang
kahwin je dengan angan2..sebab itu tak wujud, haha (tapi bagi aku..itu lah
kecantikan sebenarnya wanita..sebab takde makeup2)
4) Masak
Tidak semua wanita handal memasak,
korang jangan ingat bahawa semua wanita adalah masterchef didapur. Wanita akan
belajar memasak sedaya upaya untuk anda makan
kerana semua wanita inginkan suaminya makan makanan dari air tangan mereka. Namun,
untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan
memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi
'orang eksperimen' isteri anda..hehe, dan anda tak perlulah menjadi juri awam
yang mengkritik isteri anda, melainkan anda kritik yang membina..ingat senang
ke memasak? Ada juga wanita yang tak pandai menanak nasi? Hahaha
5) Wanita
dan PMS
Apa itu PMS? Ini penyakit wanita yang
datang bulan, seperti moody dan angin berubah2. Jadi, apabila pasangan anda
agak 'moody' atau marah-marah, janganlah anda membalas dengan moody jugak. Ketahui
cara untuk mengatasi masalah ini, hal ini sentiasa terjadi kepada insan
bergelar wanita. Selepas tempoh PMS tersebut, wanita ini boleh jadi
secomel-comel kucing..hahaha.
6) Bantal
busuk
Ada setengah wanita masih menyimpan
bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan bear/anak patung/ selimut. So, anda kenalah
berkenalan dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya kerana
anda akan tidur juga dengan aset2 tersebut..hehehe. Kalau berbau, tahan jela
belalang..hehehe..
7) Banyak
produk
Rahsia wanita? Harus lah produk yang
bermacam –macam jenis. Wanita ada banyak produk untuk semua anggota
badan. Untuk perjagaan rambut saja dah penuh satu ruang, belum dikira lagi
produk badan, kulit, muka dan perfume.Ketahui lah, meja solek anda hanya untuk
barang kecantikan isteri anda sahaja, hehehe.. nak isteri cantik? jadi jangan
merungut! Hahaha.
8) Pelbagai
variasi soalan
Wanita memang seorang yang ‘peramah’
suka bertanya dan bercakap (bukan berleter ye..hahaha) . Ini kerana wanita
mempunyai 20000 patah perkataan sehari untuk bercakap..so, faham – faham lah
apabila wanita bercakap, sebagai lelaki..anda kerna ambil tahu dan ambil hati
wanita tersebut supaya perasaan jauh hati dapat dielakkan. Wanita juga memang
suka banding-membanding antara satu sama lain. Bukan kerana tidak bersyukur,
tapi lebih kepada inginkan pujian daripada suaminya..takkan suami orang pulak
nak pujikan? Hehehe..