Wednesday, 4 June 2014

Aku dan Novel



Selamat pagi cinta! Sekarang dah menjadi  trend  drama adaptasi novel kan, aku baca  novel  ke? Terus terang aku  ada baca novel tapi tak minat  sangat.Novel yang aku  pernah baca beberapa je.Novel pertama aku baca adalah ‘Jendela HATI’ karya Aisya Sofea.
 
first novel yang aku baca sebab ni je ada kat umah..hahaha

Aku baca novel  ini pun sebab dah memang ada kat  umah, yang kakak aku punya…heee..Novel seterusnya pun dah sedia ada kat umah ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ .Karya ahadiat akashah ni memang tebal, nak sama dengan 2 kali ganda kamus kot..huhuhu.
Tapi sejujurnya aku banyak skip baca buku ni, sebab aku bukan peminat tegar novel sangat.Aku baca bila novel tu ada depan aku ataupun aku dah terlalu bosan tak ada kerja, baru aku baca buku ni. 


menangis nak baca novel yang tebal ni..tapi tak habis pon aku baca,,hahaha



Novel  aku baca seterusnya adalah karya Sharifah Abu Salem iaitu ‘TAK SEINDAH  MIMPI’ dan ‘TAK SEMANIS IMPIAN’.Aku baca novel ni masa aku tingkatan 3, pinjam dari kawan sekolah.
Novel ni banyak sambungan dia, tapi aku hanya mampu baca 2 siri saja.
Masa study ni, ramai kawan2 aku yang baca novel tapi aku tak berminat nak baca, kalau aku baca pon synopsis je, heee…ada jugak yang aku baca ending je.
Sebab novel bukan hobi aku kot.Kenapa aku tak jadikan novel hobi?
 Sebenarnya bila kita bca novel  ni, kita akan tergedik-gedik bayangkan diri kita heroin, annoying kan..aku tak kata orang tapi terjadi kat diri sendiri..tsk..tsk..tsk.. T_T aku pasti ramai yang baca novel pon akan berangan nak jadi heroin..hahahahaha, 
 
novel karya sharifah abu salem..ada 4 sebenarnya sambungan dia, tapi lebih suka 2 novel ni jew

sebab tu la aku malas nak jadikan baca novel hobi, dah lah kuasa imaginasi aku setinggi gunung kinabalu, kalau aku baca novel pasti  jiwa2 (menangis meleleh2kan? Annoying tak? 
Aku pon annoying kot =P) jadi bagi mengelakkan aku menangis baca novel baik aku terus tak baca..heehehe.Lagi satu yang aku tak minat sangat novel ni sebab   ending cerita dia memang good2 je, cinta akan bersatu..sedang kan reality tidak! 
 
aku  dah paksa anak sedara aku adiahkan novel hahaha..jahat kan mokya dia =P
Cinta memang manis tapi tak semua cinta akan bersatu, ececece..jiwang pulak aku kan, tapi tu lah hakikat cinta.Jadi ini lah kisah aku dan novel…sekarang  sejujurnya aku  teringin sangat baca novel  ‘BUKAN KERNA AKU TAK CINTA’ , tak tahu lah kenapa  aku teringin sangat baca novel ni mungkin sebab drama dia best or mungkin sebab jalan cerita dia yang unik? Dah lama aku tak baca novel, tapi aku teringin nak baca novel ni..dan aku tahu pasti kuasa imaginasi ku takkan tinggalkan aku..heee

No comments:

Post a Comment