Thursday, 8 May 2014

Kerana Cinta

Cinta Itu Cahaya Sanubari
 Kurniaan Tuhan Fitrah Insani
Dan Di Mana Terciptalah Cinta
Di Situ Rindu Bermula

Cinta Itu Tak Pernah Meminta
 Tetapi Memberi Sepenuh Rela
 Rasa Bahagia Biarpun Sengsara
 Berkorban Segala-Gala

Semua Kerana Cinta
 Yang Pahit Manis Di Rasa
 Menghibur Nestapa Merawat Duka
 Damai Di Jiwa
Terpadam Api Benci Permusuhan
Terjalinlah Kasih Sayang

Begitulah Cinta Yang Diidamkan
Tanpa Nafsu Yang Mencemarkan
Dan Jangan Pula Kerana Bercinta
 Kita Pun Leka Dan
 Jangan Pula Kerana Bercinta
Tergadai Semua Maruah Agama


Cinta Yang Sejati Hanya Cintakan Illahi 
Cinta Ayah Bonda Tulus Suci Selamanya
Cintakan Saudara Masa Berada Hanya Sementara
Cinta  Sesama Insan Suburkan Dengan Ketakwaan..

p/s: love at the first sight adalah cinta sejati..sebab tu aku cintakan mek ayah..kerana saat mataku terbuka melihat dunia..mereka yang aku lihat dulu

No comments:

Post a Comment