Sunday, 11 June 2017

Pertanyaan pengalaman praktikal di KWSP


Salam and selamat pagi =) dah beberapa  bulan dan tahun mungkin tak update blog ni =( . Kesibukan melanda, ingatkan waktu study paling sibuk..tapi salah sangkaan ku!! Entry aku pasal pengalaman di KWSP tu banyak sangat pertanyaan yang aku tak sempat balas, kalau ada pun dah berthun agaknya…maaf dipinta ye =(

Ni ada beberape soalan yang akan aku rumuskan, harap semua terjawab bagi yang ingin mohon praktikal di KWSP dan aku tak tahu relevant lagi ke tak..hahaha, sebab dah 3 tahun dah aku habis praktikal kat sana, mungkin format mereka dah berubah =)
1)      Adakah KWSP akan serap pelajar praktikal ini?

Kemungkinan ada, sebab ada je pelajar yang terus dapat diserap, itu pun bergantung kepada kekosongan dan pihak HQ di KL. Bagi yang ingin lebih pengalaman di KWSP, boleh memohon untuk skim latihan bersepadu KWSP selama setahun. (macam nyatakan diatas, dah 3 tahun kot, aku tak pasti masih ada ke tak skim tersebut, nak confirm..boleh hubungi KWSP)

2)      Berapa elaun yang diberikan?

Hehehe..yang ni tak boleh la nak tulis kat sini, tapi elaun KWSP ok la jugak ;-)

3)      KWSP ada   tak  praktikal untuk pelajar pengurusn sumber manusia?

     Semua khusus dan kos boleh mohon di KWSP, sebab kita akan diletakkan disetiap department yang berbeza sepanjang tempoh praktikal. So, secara tidak langsung kite akan didedahkan dengan suasana kerja yang sebenar.
4)      salam kak . kalau nak apply tempat praktikal ni kena awal- awal ke ? 2 sem sebelum praktikal ke ?

saya mohon 2 bulan sebelum, mengikut surat universiti yang dikeluarkan tetapi kalau nak survey awal-awal, digalakan =)

5)      Salam akak. Tempat tu ada department IT tak?

Semasa saya praktikal departmnt IT tiada di KWSP tersebut  tetapi  kerja berkaitan IT ada je. Cube apply dulu

6)      Salam, boleh tahu x sis mohon mcm mana? Direct ke cawangan or hq? Respon dr dorg lama ke x?
Saya mohon dengan menghantar resume direct kepada KWSP cawangan yang ingin dimohon. Respon yang saya dapat 3 4  minggu sebelum  tarikh lapor diri. Sila semak email kerana saya dapat melalui email =)

7)      Hello..elaun yg kwsp provide tu evrymonth rm750 ka?or rm750 for 3 month?

Berape elaun yang diberikan itu adalah untuk setiap bulan =)

8)      Nak tanya, KWSP ambil pelajar ikut keputusan akademik ( CGPA ) ke kokurikulum ? Selalunya, kena tunggu berapa lama untuk dapat balasan dari KWSP ?

CGPA memainkan peranan jugak, tapi cuba je apply..itu semua rezeki =) ,

9)      assalam.. macamne nk dptkan email kt branch kwsp yg kite nk buat intern?

Saya dapat melalui google..hehehe, kalau nak tunjuk kesungguhan lagi, boleh terus direct ke KWSP cawangan untuk bertanya.

10)   Apa yang perlu dihantar?

Saya  hantar Resume paling latest, cover letter, surat daripada universiti (surat untuk kebenaran praktikal) , latest cgpa (mini traskrip yang belum complete) dan salinan IC


Ada lagi tak pertanyaan?  Boleh email terus azia_nadia@yahoo.com . Diingatkan ini berdasarkan pengalaman saya sahaja! Itu pun 2 3 tahun lepas..hehehe, tapi harap dapat membantu tau =) ampun maaf dipinta kalau ada yang tak terjawab and ada yang 2 3 tahun lepas baru terjawab..huhuhuhu..busy mengatasi segalanya. Oh ya, nanti saya akan publishkan thesis kajian yang saya lakukan untuk permintaan akhir sebelum bergraduasi!! Hee..adios =)

p/s: pada yang bertanya saya kerja dimana sekarang? Hee, saya berkerja sementara di UMT ...in sha Allah akan sambung belajar nanti =) doakan ye =)



Saturday, 17 October 2015

Resepi fetucinne carbonara ala-ala NADIA


Assalamualaikum! Korang   masak  apa  hari ini? Ke masih berfikir untuk masak apa? Or maybe baru masuk pasarraya untuk membeli belah barangan dapur?HEE…korang baca entry di atas ada rasa nak muntah tak? Hahaha..ok2, tak perlu komen =P hehe..Hari ini mood aku mekar seperti bunga  untuk share resepi ini sebab  ape? Yes..akhirnya menjadi jugak
resepi fetucinne carbonara yang aku ubah2 sikit…hehe..Jangan sembang banyak, sebelom aku malas menaip..jom aku share resepinya =)
Bahan- bahan :
·         Fetucinne  yang ditoskan dalam sedikit air garam.( boleh guna jenis lain2 ye..spagettike, pasta simpul ke..bergantung citarasa masing2 ) * ewah aku dah bercakap matang la =P

Bahan-bahan sos:
·         Sos carbonara prego( nak jimatkan masa aku..hahaha, buat sendiri pon senang je)
·         Cendawan shitake *eja tak tahu betol ketak..aku pakata mik je..hahaha
·         Susu  full cream *untuk lemakkan sos carbonara kite uollss
·         Lada hitam, 4 biji bawang merah, 5 biji bawang putih ( tumbok sampai lumat )
·         Brokolli * boleh letak bermacam2 sayur bergantung jugak la
·         Sosej, ayam, udang, scallop *boleh letak bermacam2 makanan lauk jugak
·         Parmesan cheese
·         Garam dan gula secukup rasa

full crem dan sos prego

bahan2 penambah selera =)

fetucinne yang telah ditoskan


Cara-cara masak sos nya:
1)      Tumiskan bahan2 yang telah ditumbok tadi.
2)      Setelah bahan ditumbok kuning2 ,masukkan susu full cream.
3)      Masukkan juga sos prego…biarkan mendidih..masukkan ayam , sosej, udang, scallop.
4)      Biarkan   ayam dan bahan2 masak..kalau  pekat sangat..masukkan  susu full cream lagi or air ( tapi aku tak masukkan air pon dalam ni..atas citarasa masing2)
5)      Masukkan garam dan gula  secukup rasa.
6)      Bila dah nak  masak  tu, masukkan  brokolli dalam masakkan..kenape  aku  masukkan last? Sebab aku nak kekalkan rasa crunchy2 brokoll itu..yummeh! hehe
7)      Setelah  masak, hias cantik2 dalam pinggan, dan taburkan parmesan cheese.
8)      Sedia untuk dimakan..yeay!
tadaaa..siap. jom makan

Sekian resepi fetucinne  ala2 nadia poyo..hahaha, simple kan? Yes..sangat simple..campak2 dalam kuali, siap! Hee..Selamat mencuba bagi yang nak cuba..aku tahu resepi ni biase2 je..tak setaraf master2 di dapur, tapi boleh la aku tanpa segan silu nak share..ahakss..hehehe.
Thanks for reading uolss.Assalamualaikum =)







Sunday, 14 June 2015

Pengalaman praktikal di KWSP Kuala Terengganu


Assalamualaikum dan selamat pagi, bagaimana hari anda? Hebat? Hehe. Ni entry sambungan mencari tempat praktikal di KWSP. Ramai junior2 aku yang tanya pengalamn ni, yela..newbie praktikal..hehehe, aku dulu pon cuak jugak ok! Malam sebelum praktikal langsung tak lena tidur! Tsk tsk..sadis kan? Hehe =P So, bila kita nak praktikal ni, mesti kita risau..macam mane suasana kerja, macam mane perangai staff2 , kerja apa kene buat..mesti kita akan fikir oh, praktikal je kot..paling kurang photostat surat! Hehehe..ye idok? Actually, banyak sangat kerja di KWSP ni yang kita boleh kutip sebagai pengalaman, memang la tak dinafikan akan ada sesi photostat tu..tapi biase2 je..bukan setiap saat ok! So, ni pengalaman aku di KWSP Terengganu..aku praktikal di KWSP selama 3 bulan so, setiap 3 minggu aku akan bertukar2 department. First aku masuk di Bahagian seksyen pengurusan operasi. Di bhagian ni, aku paling rapat dengan puan che azma tapi aku panggil kak ma je, die memang baik tapi yang in charge aku adalah Puan Fatimah Meriani yang mesra aku panggil kak ani. So, berkaitan gaji, cuti dan laporan aku akan rujuk kak ani ni. Di Bahagian ni, lebih kepada pegurusan operasi, kadang-kadang aku masukkan data kesihatan staff2 mengunakan oracle, ada juga aku tolong kak ma dalam perkeranian, susun surat atau fail, photostat surat2 , menaip surat2 dan etc. Di sini, anda boleh la rasa pengalaman perkeranian  dan urus tadbir. Lepas 3 minggu aku kat Bahagian ni, aku dipindahkan ke seksyen perkhidmatan iaitu Bahagian kaunter bawah yang jumpa pencarum tu..senyum itu pasti! Hehehe..tu cara layan pelanggan. Kat Bahagian ni yang in charge aku adalah kak azi, pon baik jugak..sporting giler ok! Tak perlu takut kene ragging..hehehe..kat Bahagian ni  aku dapat rase pengalaman yang lain, jaga kaunter khidmat pelanggan, masa nilah aku tahu jenis2 pengeluaran di kwsp ni, antara pengeluaran 1 juta, 55 tahun, untuk haji, 60 tahun dan macam2. Di Bahagian ni menguji kita kesabaran yang tinggi ok! Sebab kita akan jumpa macam2 ragam pelanggan ni..apa yg penting? Senyum! Hehehe..bile petang aku buat pelupusan borang, masukkan data dalam spss atau excel. Masa aku praktikal ni, kebetulan annual dinner KWSP ni dh dekat, so..aku tolong siapkan montaj untuk makan malam..cari gambar2 KWSP dan lakarkan banner untuk makan malam…Lepas tu aku pindah di Bahagian penguatkuasaan / enforcement . Bahagian banyak berkaitan dengan statistics, so kene la dengan ijazah aku kan? Yeay! =) Bahagian ni aku banyak tolong masukan data dalam excel dan lakukan balancing untuk jumlah caruman majikan. Memang agak sukar sikit, tapi jangan bimbang..ada staff yang membantu. Selain tu, aku juga buat minute fail dan kadang2 tolong staff lipat surat untuk dihantar kepada majikan. Lastly aku diletakkan di Bahagian caruman/kewangan, kat Bahagian ni aku tak lakukan banyak sangat kerja sebab aku banyak mc, ayah aku sakit..jadi memang banyak lah aku mc waktu ni..aku juga tak sempat pergi ikut staff ke KWSP cawangan untuk aktiviti caruman. Setiap bulan, Bahagian caruman akan pergi berjumpa majikan, tak kisah lah dimana pon..time ni, uollss boleh la panggil outstation..kikikiki, aku tak sempat rase pengalaman ni..kat Bahagian ni juga kita akan diajar cara mengunakan e-caruman secara online, ni pon aku tak sempat rasa pengalaman =(  .So, waktu 3 bulan aku di kWSP ..aku singkatkan jadi cerpen pendek ini,,hehehe..harap dapat memberi gambaran kepada adik2 yang ingin mohon latihan praktikal di KWSP…banyak pengalaman kan? So, siapa kata praktikal hanya photostat je? Hehehe..

Oh yea..lupe nak citer, setiap awal bulan akan diadakan perhimpunan bulanan..masa ni  wajib lah anda sertai ye..hehe, time perhimpunan akan ada nyanyian negaraku dan lagu KWSP..lepas tu hal isu semasa dan syarikat, ada ucapan ketua negeri EN Rahmat Ali dan last sekali ada penyampaian hadiah kepada staff yang cemerlang dan menyambut hari lahir bagi setiap bulan tersebut. Di sini juga, setiap khamis ada kuliah agama, dan setiap hari rabu ada kelas mengaji Al quran. Best KAN? hehe

 


Setiap tugas diberikan bergantung kepada available ke tak..jangan nanti anda dapat praktikal di KWSP, anda kata..saya baca dalam blog tak femes tu (hahaha) tak ade pon kerja balancing or etc..kerja yang kita dapat bergantung kepada staff, so..apa yang penting anda jalani praktikal dengan happy dan penuh semangat! Aku ucapkan good luck dan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua! =)



p/s: staff KWSP kuala Terengganu memang sweet2 dan baik sangat2 ok! Tq sebab anjurkan majlis perpisahan..tsk..tsk..4 department, keempat2 anjur majlis perpisahan..tak sweet ke tu? Hehehe.

Tuesday, 5 May 2015

8 RAHSIA WANITA YANG LELAKI WAJIB TAHU SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum , memang lame ye iolls tak update blog..kikiki, nk jd blogger berjaya katanya =P tapi tindakan kurang..hehe, So..iolls  taknak la buang mase merapu dan mengarut..meh kite berbalik kepada topic hot diatas..hot ke? Haha.. tapi betul ye, 8 perkara ni memang lelaki wajib tahu..taklah nanti lepas kahwin terkejut dengan perangai isteri yang menjadi habit ni..haha..so, iolls taknak suami2 uolls terkena penyakit jantung sbb terkejut  (sangat over bunyi nya..hahaha)..lebih baik uolls tolong bacakan ni untuk bakal –bakal suami uolls (eh, bakal ke bakal-bakal..ahaha).

      1) Rambut

Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And korang jangan lah buat-buat over or drama pikir yang bukan-bukan, isteri korang ada penyakit kanser ke, melalak ke..aku lempang korang kalau korang buat drama..hahaha, tu sebenarnya isteri korang mengalami keguguran rambut..normal bagi perempuan mengalami keguguran rambut dan kalau hari2 sebakul tong sampah rambut isteri korang gugur, tu baru korang patut risau..hehe, dah sampai botak licin rambut isteri korang gugur, itu bukan keguguran rambut biasa lagi dah..ini baru korang patut risau.

 2) Pakaian tidur
Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda kerana yang menjadi pilihan isteri-isteri anda adalah baju kelawar dan seluar tidur pasar malam. HAHAHA..ini kerana perempuan lebih suka keselesaan semasa tidur, bukannya baju tidur yang cantik ala2 puteri beradu. Dan jangan juga terkejut seandainya isteri anda hanya pakai baju tidur yang sama setiap malam =P
 3)  Bangun tidur
Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Dan kalau korang nak tengok wajah asli isteri korang , masa yang sesuai adalah waktu bangun tidur..korang jangan lah terpekik terlolong sebab terkejut dengan wajah isteri korang yang naked..itu dah melampau, korang buat jugak..aku tendang korang..hahaha..korang jangan berangan lah bangun2 tidur, isteri korang dah cantik berhias..kadang2 korang akan dikejutkan dengan rambut yang kusut masai..haha..itu adalah normal..dan kalau korang nak isteri cantik sepanjang masa, tidur cantik..bangun tidur cantik seperti makeup..korang kahwin je dengan angan2..sebab itu tak wujud, haha (tapi bagi aku..itu lah kecantikan sebenarnya wanita..sebab takde makeup2)

 4) Masak
Tidak semua wanita handal memasak, korang jangan ingat bahawa semua wanita adalah masterchef didapur. Wanita akan belajar memasak sedaya upaya untuk anda  makan kerana semua wanita inginkan suaminya makan makanan dari air tangan mereka. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda..hehe, dan anda tak perlulah menjadi juri awam yang mengkritik isteri anda, melainkan anda kritik yang membina..ingat senang ke memasak? Ada juga wanita yang tak pandai menanak nasi? Hahaha

 5) Wanita dan PMS
 Apa itu PMS? Ini penyakit wanita yang datang bulan, seperti moody dan angin berubah2. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, janganlah anda membalas dengan moody jugak. Ketahui cara untuk mengatasi masalah ini, hal ini sentiasa terjadi kepada insan bergelar wanita. Selepas tempoh PMS tersebut, wanita ini boleh jadi secomel-comel kucing..hahaha.

 6) Bantal busuk
Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan bear/anak patung/ selimut. So, anda kenalah berkenalan dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya kerana anda akan tidur juga dengan aset2 tersebut..hehehe. Kalau berbau, tahan jela belalang..hehehe..

 7)   Banyak produk
Rahsia wanita? Harus lah produk yang bermacam –macam jenis. Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan. Untuk perjagaan rambut saja dah penuh satu ruang, belum dikira lagi produk badan, kulit, muka dan perfume.Ketahui lah, meja solek anda hanya untuk barang kecantikan isteri anda sahaja, hehehe.. nak isteri cantik? jadi jangan merungut! Hahaha.
 8) Pelbagai variasi soalan
 Wanita memang seorang yang ‘peramah’ suka bertanya dan bercakap (bukan berleter ye..hahaha) . Ini kerana wanita mempunyai 20000 patah perkataan sehari untuk bercakap..so, faham – faham lah apabila wanita bercakap, sebagai lelaki..anda kerna ambil tahu dan ambil hati wanita tersebut supaya perasaan jauh hati dapat dielakkan. Wanita juga memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Bukan kerana tidak bersyukur, tapi lebih kepada inginkan pujian daripada suaminya..takkan suami orang pulak nak pujikan? Hehehe..

13 perkara yang wajib buat semasa SINGLE!

Assalamualaikum  semua..mmg lame dah..sangat lame..lame ape? Lame tak update blog la uollss..heee, btw blog ni ade yang bace ke? Hihihihi..kite straight to the point ye, bkn taknak update tapi busy dengan praktikal..nak tahu tempat praktikal best2? Tunggu entry lain..hahaha..
Sini nak share 13 perkara yang wajib buat semasa SINGLE!! Ape?? Dari yang duk meroyan gatal cari pakwe or post2 ayat2 cinta dalam facebook, insta n seangkatan denganya..adalah baiknya kite bersyukur sebab masih single ok, knpe????? Sebab single ni macam2 boleh kite lakukan..jom tengok 13 perkara masa single yang wajib kite buat ok ;-)

      1)   Hidup berdikari
Pertama kite haruslah berdikari..dan bukan ditanggung oleh ibu ayah lagi dari segala segi! Termasuk kewangan..hahaha..takkan pikir nak kawen kot makan pakai mak ayah lagi tanggung..ye ke idok?? Kikikikiki..so, jalan mudah before kite gatal kawin..hehe( tak lah gatal sangat kan?) kite haruslah berdikari ! itu penting…dengan berdikari, baru lah kite tahu kehidupan sebenarnya..jerih perit (amboi ayat..haha) kesusahan ibu bapa kita yang dah besar kan kite berpuluh tahun ni..


     2)   Melancong
Haaa..yang ni saya suke! Oh yes..boleh holiday. Cuba bayangkan kite travel tanpa orang ganggu ..best tak? Disamping itu, kita boleh la mengetahui keindahan alam ciptaan Allah ni..sangat luas dan mendamaikan..tak rugi bukan, macam mane nak travel duit takde? Haa..sebab tu la kite kene berdikari dan cuba cari pendapatan sendiri..nikmat nya lagi kite rase..cuba la! =)


3) Cari ilmu banyak-banyak
Ilmu tu bukan dalam kelas je ok..jangan nak kata bosan..hehe..contoh ilmu nya, kite boleh belajar menjahit, belajar masak2..kalau yang teringin nak sambung study tu terpulang la, do it before we have another commitment  ok =)


4)  Beli buku atau keinginan hati
Yang ni memang wajib la korang buat before jadi status double triple bagai..hehehe..sebab ni je kite akan fikir, kepuasan diri kite…kalau dah kawin , mesti kite akan fikir anak2 kan..belajar ank, pakaian anak..so why nk cepat2 kawin ;-) kikiki..takpun beli je buku masak2, rahsia kehidupan..gitu kisahnya..hahaha

5) Belajar usrah
Ini memang patut la kan, perbaiki diri kite..manusia tidak sempurna tapi mampu menjadi hampir sempurna kan? Tak payah update status jiwang2 nak cari jodoh..cari dulu penentu jodoh kite ..itu lebih bagus..heee..jom perbaiki diri dan hati kite.

6) Cuba sesuatu yang baru
Hidup kite yang bangun pagi..pergi kerja, makan balik dan tidur..itu adalah rutin normal..apa salahnya sekali sekale dan berkala2 kite lakukan sesuatu yang unik dan mencabar sikit. Contohnya  hiking, jungle trekking , zumba or aktiviti2 yang boleh mencabar badan kite..baru lah rare name nya..hahahaha..

7)   Berniaga kecil-kecilan
Byk yang kite duk tengok dalam facebook, instagram n seangkatannya remaja2, or pelajar2 yang buke jualan online.Ini  bagus sebenarnya sebab kite dah cuba mencari rezeki dan fikir masa depan, aku tabik la sape2 yang boleh bagi full commitment dalam jualan online ni..huhu, sebab aku dah cuba..memang mencabar ok..hehehe..so sape2 yang single boleh lah lakukan ini untuk hilang sunyi korang (hahaha..bajet single sunyi ka?)

8) Jaga berat badan
Yang no 8 ni aku tak tahu nak masukkan ke tidak ye..bukan apa sebab aku pon belom  lagi tercapai..kahkahakhakah (gelak sadis =P) tapi betul la, masa kita single ni try la turunkan berat badan..bukan nak kurus je ok, tapi dapat berat yang ideal dan sihat..sebenarnya tak salah badan gempal ni, Cuma kite kene jaga kesihatan je..In sha Allah, kalau pandai jaga pemakanan..badan gempal tetap sihat ok..comel lagi ;-)

9)  Simpan duit baik-baik
Sementara kite tiada tanggungjawab yang lebih besar ( of coz hal kahwin yang hang duk gatai tu nadia..hahaha) apa salahnya kite rancang kewangan kite dengan baik dan berhemah.Bukan sebab kumpul nak kahwin je ( itu satu faktor..haha) tapi dengan merancang kewangan kita mampu mengatur kehidupan kite..contohnya , kalau pandai merancang silap-silap dah boleh beli kereta sebijik! Haa…tak ke best tu? So, apa lagi..pandai –pandai lah simpan duit tu..hehe

10)  Lakukan apa yang kau suka
Kebaikan single ni , kite dapat lakukan apa je dengan kawan-kawan..kite enjoy dan rase puas..dari sibuk cari jodoh yang tak datang lagi tu, apa kata lakukan sesuatu yang anda inginkan..jangan kata tak tahu nak buat ape pulak..tak dapat nak nolong..hahaha..banyak sebenarnya sesuatu yang kite suka lakukan seperti hobi kite, ada yang suka menjahit, membaca novel..apa2 saja yang buatkan kite rase enjoy dan happening!

11)  Penuhi impian orang tua
Bukan nak narrow minded sangat, tapi seriously wanita apabila berkhawin pasti akan terhad untuk bhagikan masa dengan family dan ibu bapa..bagi aku senang, penuhi dulu kehendak ibu bapa, baru lah penuhi kehendak hati..aku tak kate  yang kahwin tak mampu penuhi impian orang tua..ada yang mampu penuhi walaupon dah kahwin tapi berapa ramai yang mampu lakukan hal itu sepenuhnya? Kite belajar tinggi2..hasil usaha ibu bapa kite..jadi  tak salah bagi mereka merasa kejayaan kite..itu pendapat aku lah..no hurt feeling yup..kkekekeke (* teremosi..hahaha)

12)  Enjoy dengan kawan-kawan
Yes! Ini wajib orang single lakukan..tipu lah kalau uolls takde best friend..bff or kawan2 yang masuk air sama-sama kan? Hehe..so, time single nilah untuk  kite eratkan hubungan persahabatan tu…pergi shopping, melancong, makan2 dan sebagainya..wow!

13)  Lastly yang no 13 ni..baru fikir cari jodoh!!!! Yeah..hahahaha, lepas semua 12 perkara wajib kite buat semasa single, and yes time single ni jugak la nak cari jodoh ok, duduk dalam rumah ingat jodoh datang bergolek ke? Hehehe…

Itu lah kisahnya 13 perkara yang wajib korang buat semasa single..best tak? So, takde lah sunyi sangat jadi single ni kan? Hahaha..banyak kot benda yang kita boleh lakukan.Ni pendapt aku, dan aku pasti lain orang lain lah ragam kan? So, apa pendapat korang?share lah kat sini..hehehe..apa lagi???? Jom lah cari jodoh!!!! Eh2..tak silap, jom lah cuba 13 perkara ni!! Hehe ;-)

Mencari tempat praktikal di KWSP

Assalamualaikum semua  =) . Macam yang diceritakan, memang lama sangat aku tak menulis di blog nie..ade ke orang bace?..hahaha (tapi gatal juga nak tulis..kikiki). Seperti diketahui (ayat skema habis uols) aku baru  je selamat menjalani latihan praktikal semester akhir, dan dengan jaya nya aku telah lulus dengan cemerlang..alhamdulillah. Mesti ramai yang duk sibuk mencari tempat-tempat praktikal yang best-best kan? Sini aku nak share pengalaman aku dalam praktikal ni. Mula-mula memang susah sangat nak cari tempat kerja ni. Aku ijazah kepujian statistics dan bile orang dengar je, mesti semua akan terbayang-bayangkan perangkaan kan? Hehe..aku dah cuba mohon perangkaan tapi full ok, ingat aku sorang ke amik course ni..hahaha..harapan nak masuk perangkaan memang tipis lah dengan calon-calon yang ramai dan pandai-pandai ni kan..So, tak dapat perangkaan aku try lah semua tempat yang rasa layak..sebenarnya orang tak tahu yang bidang statistic memang diperlukan di semua tempat, kene tahu cari je..hehe..so, aku try MARA, aku try jabatan kependudukan negeri (tak ingat nama penuh..harap betul ni) HUSM pon aku try termasuk lah KWSP. Mula –mula memang cuak la sebab kawan-kawan aku yang lain dah dapat tempat praktikal, aku je yang masih menunggu panggilan tempat praktikal..risau ade, sedih semestinya..haha..so, untuk memudahkan aku, aku try mintak HUSM ..sebab memang HUSM memerlukan ramai budak praktikal ..ni last choice aku lah..sebab nanti kalau tak mohon..tak dapat pulak aku sambung praktikal kan..so, aku terima lah HUSM ni…nak dijadikan cerita, nak dekat –dekat last masa jugak la, aku check yahoo mail, dan aku tengok ada email dari KWSP Kuala Lumpur, dan Alhamdulillah aku dapat tempat praktikal di KWSP Kuala Terengganu..dan lapor diri pada 8 September. 


Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab rezeki aku dapat kat KWSP..kalau tak dapat, memang aku pergi HUSM  je, sebab ramai kawan2 aku kat sane yang dapat..lagipun HUSM pon bagus, kita boleh jalankan research kan..So, kalau sape-sape yang nak cari tempat praktikal ni, aku cadangkan cuba lah mohon KWSP, elaun diberikan ..memang lumayan..setakat ni yang aku tau, elaun KWSP adalah yang paling tinggi…macam mana cara nak mohon? Aku mohon dengan hantar resume je,tapi alamat tu jangan alamatkan di HQ Kuala Lumpur, alamatkan di KWSP tempat yang anda inginkan , macam KWSP Kota Bharu, Kuala Terengganu dan sebagainya. Memang pihak KWSP cawangan akan hantar jugak resume anda di HQ, sebab keputusan daripada HQ Kuala Lumpur but at least anda mempunyai sokongan dari KWSP cawangan..lagi lah mudah peluang nak dapat kan? Heee..lepas dah apply tu, rajin-rajin kan lah buka email anda, kerana pihak KWSP tidak akan hubungi anda! Pihak KWSP hanya menghantar melalui email, mungkin mereka nak tahu anda alert atau tak kan? =).So, begitu la pengalaman aku mohon dan dapat praktikal di KWSP ni..kalau siapa2 berminat dan masih tak dapat lagi tempat praktikal..apa kata anda cuba mohon di KWSP..mana tahu rezeki anda kan..hehe..good luck =)

p/s: lain mase aku ceritakan suasana aku sewaktu praktikal ok, bye..heee

Wednesday, 4 June 2014

Adakah anda anak bongsu??? Jom kenali fakta ANAK BONGSU!

Selamat pagi semua =) 

Sape sini anak bongsu? Cepat angkat tangan! Hihihi..saya2!, sambil angkat tangan =P, saya memang anak bongsu dari 13 adik beradik..ramai tak? Heee..ramai kan, so, hari ni saya nak share fakta anak bongsu..sebab ape? 100% fakta ni memang kene atas batang hidung sendiri ok..hahaha
1)      Anak manja mak
Of  course la, apa2 saya dahulukan mak saya dulu.Apa je cerita, mesti akan bagitahu mek( panggilan mak saya).Ayoh?? pon anak manja ayoh tapi kalau nak keluar ke apa ke, nak join lawatan mesti bagitahu mek dulu..kenapa?? sebab ape2 jew, mesti ada orang kuat kat belakang, takut bos besar tak bagi..hehehehe, so, jalan mudah bagitahu mek dulu, baru mek bagitahu ayoh , kan senang..betol kn? Heee

2)      Degil
Hahahaha ..kenape  gelak dulu ni? Kan betul kene atas batang hidung.Keras kepala, kemahuan tinggi, kalau buat sesuatu mesti sungguh2 , senang dipujuk tapi tak berapa nak jalan.Seriously, saya seorang yang degil! Nak ape2 mesti akan try abis-abisan..kikikiki, kalau tak merajuk la jawab nyer, kesian bakal ‘adam’ nanti..hahahaha =P nasib tak ada lagi kan..fuhhh.Saya kalau buat sesuatu mesti bersungguh2, buat je ape pon mesti nak betul2 complete, kalau tak mesti akan keluar dari mulut .. “ishhh”, maknenyer geram la ni tak dapat buat..hahaha

3)      Tak pandai pujuk
Anak bongsu memang tak pandai pujuk orang ke? Sebab memang tuan diri tak pandai ok=P

4)      Cinta
Dalam percintaan, anak bongsu ni seorang yang setia??? Betul ke? Hahahaha..saya tak bercinta2 pon, tapi meh sini nak share (lepas share ni..wat operate muka sebab malu..kikikiki) saya ada minat orang ni, dari dulu sampai sekarang  memang minat, nak tahu siapa lelaki tu??? Nak tahu?? Ok,lelaki tu LEE DONG WOOK! Kekekeke,kene tipu kan..so, minat pelakon boleh dikategorikan sebagai setia tak? ;-)

5)      Hitam/putih
Apa yang dikata semua akan dipegang.Yup, betul sekali.Saya memang pegang pada apa yang dikata.Kalau a , memang a la, orang lain tak leh nak ubah dah kecuali keluarga.Hello, siapa yang tak sayang family ok, family tak ada yang nak menjatuhkan.So, kalau bagi nasihat, memang kene ikut. Lebih2 lagi, saya adik bongsu..faham2 lah..heeee

6)      Hati yang  garang tapi lembut
Hahaha..garang? anak saudara je yang tahu macam mana garang nya mok ya (pangkat auntie) nak tahu, try la =) .Walaupon  garang, tapi sebenarnya, hati ini sangat lembut..ececece, betul ok! Kalau tengok cerita sedih sikit mula la hujan turun, tu belum tengok cerita korea lagi, air terjun pon boleh jatuh! Saya pun pernah marah2 , tapi tak lama..dan tak simpan dalam hati pun.

7)      Arahan lebih suka buat kerja sendiri dari kumpulan
Memang suka buat kerja individu dari kumpulan, sebab boleh wat hal sendiri.Tapi atas keaadaan lah, kalau group tu best dan satu kepala, ok je nak wat group.Paling tak suka bila dapat ketua yang kepala sorang2! Tak bincang, tak wat ape2..sedar2 bagi je tugas tu..macam idea kita tak bernilai kan? Hurmm…ragam manusia kan?
 
Anak adalah anugerah Allah!
8)      Pemaaf dan caring
Seorang yang pemaaf, betul ke? Ni, kawan2 or orang yang rapat boleh apa komen, tapi ape pun yang orang lakukan kat diri ini, dah lama dah lupakan n maafkan.Macam jugak orang yang mengumpat saya kat belakang, selagi masih hidup.. maafkan je…buat apa nak simpan lama2 kan? Caring? Adakah saya caring? Anda yang jawab lah..=)

9)      Mudah bergaul
Prinsip anak bongsu, kalau orang tak tegur dia jangan harap dia akan tegur orang tu, bukan sombong tapi takut nanti kalau tegur tak ada tindak balas orang tersebut.Kan malu jadi nyer..hihihihi, Dengan orang yang saya jatuh hati lagi lah  tak tegur! hohohoh…kot mesej je berani kan? =)

Jadi ini je fakta yang jumpa untuk anak bongsu, memang banyak lagi sebenarnya..kuat merajuk, n sebagainya..hahahaha, so, ada kene tak sikit2 dengan diri anda yang anak bongsu? Shhh! Kita rahsia kan? Ok..heee