Tuesday, 5 May 2015

8 RAHSIA WANITA YANG LELAKI WAJIB TAHU SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum , memang lame ye iolls tak update blog..kikiki, nk jd blogger berjaya katanya =P tapi tindakan kurang..hehe, So..iolls  taknak la buang mase merapu dan mengarut..meh kite berbalik kepada topic hot diatas..hot ke? Haha.. tapi betul ye, 8 perkara ni memang lelaki wajib tahu..taklah nanti lepas kahwin terkejut dengan perangai isteri yang menjadi habit ni..haha..so, iolls taknak suami2 uolls terkena penyakit jantung sbb terkejut  (sangat over bunyi nya..hahaha)..lebih baik uolls tolong bacakan ni untuk bakal –bakal suami uolls (eh, bakal ke bakal-bakal..ahaha).

      1) Rambut

Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And korang jangan lah buat-buat over or drama pikir yang bukan-bukan, isteri korang ada penyakit kanser ke, melalak ke..aku lempang korang kalau korang buat drama..hahaha, tu sebenarnya isteri korang mengalami keguguran rambut..normal bagi perempuan mengalami keguguran rambut dan kalau hari2 sebakul tong sampah rambut isteri korang gugur, tu baru korang patut risau..hehe, dah sampai botak licin rambut isteri korang gugur, itu bukan keguguran rambut biasa lagi dah..ini baru korang patut risau.

 2) Pakaian tidur
Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda kerana yang menjadi pilihan isteri-isteri anda adalah baju kelawar dan seluar tidur pasar malam. HAHAHA..ini kerana perempuan lebih suka keselesaan semasa tidur, bukannya baju tidur yang cantik ala2 puteri beradu. Dan jangan juga terkejut seandainya isteri anda hanya pakai baju tidur yang sama setiap malam =P
 3)  Bangun tidur
Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Dan kalau korang nak tengok wajah asli isteri korang , masa yang sesuai adalah waktu bangun tidur..korang jangan lah terpekik terlolong sebab terkejut dengan wajah isteri korang yang naked..itu dah melampau, korang buat jugak..aku tendang korang..hahaha..korang jangan berangan lah bangun2 tidur, isteri korang dah cantik berhias..kadang2 korang akan dikejutkan dengan rambut yang kusut masai..haha..itu adalah normal..dan kalau korang nak isteri cantik sepanjang masa, tidur cantik..bangun tidur cantik seperti makeup..korang kahwin je dengan angan2..sebab itu tak wujud, haha (tapi bagi aku..itu lah kecantikan sebenarnya wanita..sebab takde makeup2)

 4) Masak
Tidak semua wanita handal memasak, korang jangan ingat bahawa semua wanita adalah masterchef didapur. Wanita akan belajar memasak sedaya upaya untuk anda  makan kerana semua wanita inginkan suaminya makan makanan dari air tangan mereka. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda..hehe, dan anda tak perlulah menjadi juri awam yang mengkritik isteri anda, melainkan anda kritik yang membina..ingat senang ke memasak? Ada juga wanita yang tak pandai menanak nasi? Hahaha

 5) Wanita dan PMS
 Apa itu PMS? Ini penyakit wanita yang datang bulan, seperti moody dan angin berubah2. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, janganlah anda membalas dengan moody jugak. Ketahui cara untuk mengatasi masalah ini, hal ini sentiasa terjadi kepada insan bergelar wanita. Selepas tempoh PMS tersebut, wanita ini boleh jadi secomel-comel kucing..hahaha.

 6) Bantal busuk
Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan bear/anak patung/ selimut. So, anda kenalah berkenalan dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya kerana anda akan tidur juga dengan aset2 tersebut..hehehe. Kalau berbau, tahan jela belalang..hehehe..

 7)   Banyak produk
Rahsia wanita? Harus lah produk yang bermacam –macam jenis. Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan. Untuk perjagaan rambut saja dah penuh satu ruang, belum dikira lagi produk badan, kulit, muka dan perfume.Ketahui lah, meja solek anda hanya untuk barang kecantikan isteri anda sahaja, hehehe.. nak isteri cantik? jadi jangan merungut! Hahaha.
 8) Pelbagai variasi soalan
 Wanita memang seorang yang ‘peramah’ suka bertanya dan bercakap (bukan berleter ye..hahaha) . Ini kerana wanita mempunyai 20000 patah perkataan sehari untuk bercakap..so, faham – faham lah apabila wanita bercakap, sebagai lelaki..anda kerna ambil tahu dan ambil hati wanita tersebut supaya perasaan jauh hati dapat dielakkan. Wanita juga memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Bukan kerana tidak bersyukur, tapi lebih kepada inginkan pujian daripada suaminya..takkan suami orang pulak nak pujikan? Hehehe..

13 perkara yang wajib buat semasa SINGLE!

Assalamualaikum  semua..mmg lame dah..sangat lame..lame ape? Lame tak update blog la uollss..heee, btw blog ni ade yang bace ke? Hihihihi..kite straight to the point ye, bkn taknak update tapi busy dengan praktikal..nak tahu tempat praktikal best2? Tunggu entry lain..hahaha..
Sini nak share 13 perkara yang wajib buat semasa SINGLE!! Ape?? Dari yang duk meroyan gatal cari pakwe or post2 ayat2 cinta dalam facebook, insta n seangkatan denganya..adalah baiknya kite bersyukur sebab masih single ok, knpe????? Sebab single ni macam2 boleh kite lakukan..jom tengok 13 perkara masa single yang wajib kite buat ok ;-)

      1)   Hidup berdikari
Pertama kite haruslah berdikari..dan bukan ditanggung oleh ibu ayah lagi dari segala segi! Termasuk kewangan..hahaha..takkan pikir nak kawen kot makan pakai mak ayah lagi tanggung..ye ke idok?? Kikikikiki..so, jalan mudah before kite gatal kawin..hehe( tak lah gatal sangat kan?) kite haruslah berdikari ! itu penting…dengan berdikari, baru lah kite tahu kehidupan sebenarnya..jerih perit (amboi ayat..haha) kesusahan ibu bapa kita yang dah besar kan kite berpuluh tahun ni..


     2)   Melancong
Haaa..yang ni saya suke! Oh yes..boleh holiday. Cuba bayangkan kite travel tanpa orang ganggu ..best tak? Disamping itu, kita boleh la mengetahui keindahan alam ciptaan Allah ni..sangat luas dan mendamaikan..tak rugi bukan, macam mane nak travel duit takde? Haa..sebab tu la kite kene berdikari dan cuba cari pendapatan sendiri..nikmat nya lagi kite rase..cuba la! =)


3) Cari ilmu banyak-banyak
Ilmu tu bukan dalam kelas je ok..jangan nak kata bosan..hehe..contoh ilmu nya, kite boleh belajar menjahit, belajar masak2..kalau yang teringin nak sambung study tu terpulang la, do it before we have another commitment  ok =)


4)  Beli buku atau keinginan hati
Yang ni memang wajib la korang buat before jadi status double triple bagai..hehehe..sebab ni je kite akan fikir, kepuasan diri kite…kalau dah kawin , mesti kite akan fikir anak2 kan..belajar ank, pakaian anak..so why nk cepat2 kawin ;-) kikiki..takpun beli je buku masak2, rahsia kehidupan..gitu kisahnya..hahaha

5) Belajar usrah
Ini memang patut la kan, perbaiki diri kite..manusia tidak sempurna tapi mampu menjadi hampir sempurna kan? Tak payah update status jiwang2 nak cari jodoh..cari dulu penentu jodoh kite ..itu lebih bagus..heee..jom perbaiki diri dan hati kite.

6) Cuba sesuatu yang baru
Hidup kite yang bangun pagi..pergi kerja, makan balik dan tidur..itu adalah rutin normal..apa salahnya sekali sekale dan berkala2 kite lakukan sesuatu yang unik dan mencabar sikit. Contohnya  hiking, jungle trekking , zumba or aktiviti2 yang boleh mencabar badan kite..baru lah rare name nya..hahahaha..

7)   Berniaga kecil-kecilan
Byk yang kite duk tengok dalam facebook, instagram n seangkatannya remaja2, or pelajar2 yang buke jualan online.Ini  bagus sebenarnya sebab kite dah cuba mencari rezeki dan fikir masa depan, aku tabik la sape2 yang boleh bagi full commitment dalam jualan online ni..huhu, sebab aku dah cuba..memang mencabar ok..hehehe..so sape2 yang single boleh lah lakukan ini untuk hilang sunyi korang (hahaha..bajet single sunyi ka?)

8) Jaga berat badan
Yang no 8 ni aku tak tahu nak masukkan ke tidak ye..bukan apa sebab aku pon belom  lagi tercapai..kahkahakhakah (gelak sadis =P) tapi betul la, masa kita single ni try la turunkan berat badan..bukan nak kurus je ok, tapi dapat berat yang ideal dan sihat..sebenarnya tak salah badan gempal ni, Cuma kite kene jaga kesihatan je..In sha Allah, kalau pandai jaga pemakanan..badan gempal tetap sihat ok..comel lagi ;-)

9)  Simpan duit baik-baik
Sementara kite tiada tanggungjawab yang lebih besar ( of coz hal kahwin yang hang duk gatai tu nadia..hahaha) apa salahnya kite rancang kewangan kite dengan baik dan berhemah.Bukan sebab kumpul nak kahwin je ( itu satu faktor..haha) tapi dengan merancang kewangan kita mampu mengatur kehidupan kite..contohnya , kalau pandai merancang silap-silap dah boleh beli kereta sebijik! Haa…tak ke best tu? So, apa lagi..pandai –pandai lah simpan duit tu..hehe

10)  Lakukan apa yang kau suka
Kebaikan single ni , kite dapat lakukan apa je dengan kawan-kawan..kite enjoy dan rase puas..dari sibuk cari jodoh yang tak datang lagi tu, apa kata lakukan sesuatu yang anda inginkan..jangan kata tak tahu nak buat ape pulak..tak dapat nak nolong..hahaha..banyak sebenarnya sesuatu yang kite suka lakukan seperti hobi kite, ada yang suka menjahit, membaca novel..apa2 saja yang buatkan kite rase enjoy dan happening!

11)  Penuhi impian orang tua
Bukan nak narrow minded sangat, tapi seriously wanita apabila berkhawin pasti akan terhad untuk bhagikan masa dengan family dan ibu bapa..bagi aku senang, penuhi dulu kehendak ibu bapa, baru lah penuhi kehendak hati..aku tak kate  yang kahwin tak mampu penuhi impian orang tua..ada yang mampu penuhi walaupon dah kahwin tapi berapa ramai yang mampu lakukan hal itu sepenuhnya? Kite belajar tinggi2..hasil usaha ibu bapa kite..jadi  tak salah bagi mereka merasa kejayaan kite..itu pendapat aku lah..no hurt feeling yup..kkekekeke (* teremosi..hahaha)

12)  Enjoy dengan kawan-kawan
Yes! Ini wajib orang single lakukan..tipu lah kalau uolls takde best friend..bff or kawan2 yang masuk air sama-sama kan? Hehe..so, time single nilah untuk  kite eratkan hubungan persahabatan tu…pergi shopping, melancong, makan2 dan sebagainya..wow!

13)  Lastly yang no 13 ni..baru fikir cari jodoh!!!! Yeah..hahahaha, lepas semua 12 perkara wajib kite buat semasa single, and yes time single ni jugak la nak cari jodoh ok, duduk dalam rumah ingat jodoh datang bergolek ke? Hehehe…

Itu lah kisahnya 13 perkara yang wajib korang buat semasa single..best tak? So, takde lah sunyi sangat jadi single ni kan? Hahaha..banyak kot benda yang kita boleh lakukan.Ni pendapt aku, dan aku pasti lain orang lain lah ragam kan? So, apa pendapat korang?share lah kat sini..hehehe..apa lagi???? Jom lah cari jodoh!!!! Eh2..tak silap, jom lah cuba 13 perkara ni!! Hehe ;-)

Mencari tempat praktikal di KWSP

Assalamualaikum semua  =) . Macam yang diceritakan, memang lama sangat aku tak menulis di blog nie..ade ke orang bace?..hahaha (tapi gatal juga nak tulis..kikiki). Seperti diketahui (ayat skema habis uols) aku baru  je selamat menjalani latihan praktikal semester akhir, dan dengan jaya nya aku telah lulus dengan cemerlang..alhamdulillah. Mesti ramai yang duk sibuk mencari tempat-tempat praktikal yang best-best kan? Sini aku nak share pengalaman aku dalam praktikal ni. Mula-mula memang susah sangat nak cari tempat kerja ni. Aku ijazah kepujian statistics dan bile orang dengar je, mesti semua akan terbayang-bayangkan perangkaan kan? Hehe..aku dah cuba mohon perangkaan tapi full ok, ingat aku sorang ke amik course ni..hahaha..harapan nak masuk perangkaan memang tipis lah dengan calon-calon yang ramai dan pandai-pandai ni kan..So, tak dapat perangkaan aku try lah semua tempat yang rasa layak..sebenarnya orang tak tahu yang bidang statistic memang diperlukan di semua tempat, kene tahu cari je..hehe..so, aku try MARA, aku try jabatan kependudukan negeri (tak ingat nama penuh..harap betul ni) HUSM pon aku try termasuk lah KWSP. Mula –mula memang cuak la sebab kawan-kawan aku yang lain dah dapat tempat praktikal, aku je yang masih menunggu panggilan tempat praktikal..risau ade, sedih semestinya..haha..so, untuk memudahkan aku, aku try mintak HUSM ..sebab memang HUSM memerlukan ramai budak praktikal ..ni last choice aku lah..sebab nanti kalau tak mohon..tak dapat pulak aku sambung praktikal kan..so, aku terima lah HUSM ni…nak dijadikan cerita, nak dekat –dekat last masa jugak la, aku check yahoo mail, dan aku tengok ada email dari KWSP Kuala Lumpur, dan Alhamdulillah aku dapat tempat praktikal di KWSP Kuala Terengganu..dan lapor diri pada 8 September. 


Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab rezeki aku dapat kat KWSP..kalau tak dapat, memang aku pergi HUSM  je, sebab ramai kawan2 aku kat sane yang dapat..lagipun HUSM pon bagus, kita boleh jalankan research kan..So, kalau sape-sape yang nak cari tempat praktikal ni, aku cadangkan cuba lah mohon KWSP, elaun diberikan ..memang lumayan..setakat ni yang aku tau, elaun KWSP adalah yang paling tinggi…macam mana cara nak mohon? Aku mohon dengan hantar resume je,tapi alamat tu jangan alamatkan di HQ Kuala Lumpur, alamatkan di KWSP tempat yang anda inginkan , macam KWSP Kota Bharu, Kuala Terengganu dan sebagainya. Memang pihak KWSP cawangan akan hantar jugak resume anda di HQ, sebab keputusan daripada HQ Kuala Lumpur but at least anda mempunyai sokongan dari KWSP cawangan..lagi lah mudah peluang nak dapat kan? Heee..lepas dah apply tu, rajin-rajin kan lah buka email anda, kerana pihak KWSP tidak akan hubungi anda! Pihak KWSP hanya menghantar melalui email, mungkin mereka nak tahu anda alert atau tak kan? =).So, begitu la pengalaman aku mohon dan dapat praktikal di KWSP ni..kalau siapa2 berminat dan masih tak dapat lagi tempat praktikal..apa kata anda cuba mohon di KWSP..mana tahu rezeki anda kan..hehe..good luck =)

p/s: lain mase aku ceritakan suasana aku sewaktu praktikal ok, bye..heee

Wednesday, 4 June 2014

Adakah anda anak bongsu??? Jom kenali fakta ANAK BONGSU!

Selamat pagi semua =) 

Sape sini anak bongsu? Cepat angkat tangan! Hihihi..saya2!, sambil angkat tangan =P, saya memang anak bongsu dari 13 adik beradik..ramai tak? Heee..ramai kan, so, hari ni saya nak share fakta anak bongsu..sebab ape? 100% fakta ni memang kene atas batang hidung sendiri ok..hahaha
1)      Anak manja mak
Of  course la, apa2 saya dahulukan mak saya dulu.Apa je cerita, mesti akan bagitahu mek( panggilan mak saya).Ayoh?? pon anak manja ayoh tapi kalau nak keluar ke apa ke, nak join lawatan mesti bagitahu mek dulu..kenapa?? sebab ape2 jew, mesti ada orang kuat kat belakang, takut bos besar tak bagi..hehehehe, so, jalan mudah bagitahu mek dulu, baru mek bagitahu ayoh , kan senang..betol kn? Heee

2)      Degil
Hahahaha ..kenape  gelak dulu ni? Kan betul kene atas batang hidung.Keras kepala, kemahuan tinggi, kalau buat sesuatu mesti sungguh2 , senang dipujuk tapi tak berapa nak jalan.Seriously, saya seorang yang degil! Nak ape2 mesti akan try abis-abisan..kikikiki, kalau tak merajuk la jawab nyer, kesian bakal ‘adam’ nanti..hahahaha =P nasib tak ada lagi kan..fuhhh.Saya kalau buat sesuatu mesti bersungguh2, buat je ape pon mesti nak betul2 complete, kalau tak mesti akan keluar dari mulut .. “ishhh”, maknenyer geram la ni tak dapat buat..hahaha

3)      Tak pandai pujuk
Anak bongsu memang tak pandai pujuk orang ke? Sebab memang tuan diri tak pandai ok=P

4)      Cinta
Dalam percintaan, anak bongsu ni seorang yang setia??? Betul ke? Hahahaha..saya tak bercinta2 pon, tapi meh sini nak share (lepas share ni..wat operate muka sebab malu..kikikiki) saya ada minat orang ni, dari dulu sampai sekarang  memang minat, nak tahu siapa lelaki tu??? Nak tahu?? Ok,lelaki tu LEE DONG WOOK! Kekekeke,kene tipu kan..so, minat pelakon boleh dikategorikan sebagai setia tak? ;-)

5)      Hitam/putih
Apa yang dikata semua akan dipegang.Yup, betul sekali.Saya memang pegang pada apa yang dikata.Kalau a , memang a la, orang lain tak leh nak ubah dah kecuali keluarga.Hello, siapa yang tak sayang family ok, family tak ada yang nak menjatuhkan.So, kalau bagi nasihat, memang kene ikut. Lebih2 lagi, saya adik bongsu..faham2 lah..heeee

6)      Hati yang  garang tapi lembut
Hahaha..garang? anak saudara je yang tahu macam mana garang nya mok ya (pangkat auntie) nak tahu, try la =) .Walaupon  garang, tapi sebenarnya, hati ini sangat lembut..ececece, betul ok! Kalau tengok cerita sedih sikit mula la hujan turun, tu belum tengok cerita korea lagi, air terjun pon boleh jatuh! Saya pun pernah marah2 , tapi tak lama..dan tak simpan dalam hati pun.

7)      Arahan lebih suka buat kerja sendiri dari kumpulan
Memang suka buat kerja individu dari kumpulan, sebab boleh wat hal sendiri.Tapi atas keaadaan lah, kalau group tu best dan satu kepala, ok je nak wat group.Paling tak suka bila dapat ketua yang kepala sorang2! Tak bincang, tak wat ape2..sedar2 bagi je tugas tu..macam idea kita tak bernilai kan? Hurmm…ragam manusia kan?
 
Anak adalah anugerah Allah!
8)      Pemaaf dan caring
Seorang yang pemaaf, betul ke? Ni, kawan2 or orang yang rapat boleh apa komen, tapi ape pun yang orang lakukan kat diri ini, dah lama dah lupakan n maafkan.Macam jugak orang yang mengumpat saya kat belakang, selagi masih hidup.. maafkan je…buat apa nak simpan lama2 kan? Caring? Adakah saya caring? Anda yang jawab lah..=)

9)      Mudah bergaul
Prinsip anak bongsu, kalau orang tak tegur dia jangan harap dia akan tegur orang tu, bukan sombong tapi takut nanti kalau tegur tak ada tindak balas orang tersebut.Kan malu jadi nyer..hihihihi, Dengan orang yang saya jatuh hati lagi lah  tak tegur! hohohoh…kot mesej je berani kan? =)

Jadi ini je fakta yang jumpa untuk anak bongsu, memang banyak lagi sebenarnya..kuat merajuk, n sebagainya..hahahaha, so, ada kene tak sikit2 dengan diri anda yang anak bongsu? Shhh! Kita rahsia kan? Ok..heee

Aku dan Novel



Selamat pagi cinta! Sekarang dah menjadi  trend  drama adaptasi novel kan, aku baca  novel  ke? Terus terang aku  ada baca novel tapi tak minat  sangat.Novel yang aku  pernah baca beberapa je.Novel pertama aku baca adalah ‘Jendela HATI’ karya Aisya Sofea.
 
first novel yang aku baca sebab ni je ada kat umah..hahaha

Aku baca novel  ini pun sebab dah memang ada kat  umah, yang kakak aku punya…heee..Novel seterusnya pun dah sedia ada kat umah ‘LAGENDA BUDAK SETAN’ .Karya ahadiat akashah ni memang tebal, nak sama dengan 2 kali ganda kamus kot..huhuhu.
Tapi sejujurnya aku banyak skip baca buku ni, sebab aku bukan peminat tegar novel sangat.Aku baca bila novel tu ada depan aku ataupun aku dah terlalu bosan tak ada kerja, baru aku baca buku ni. 


menangis nak baca novel yang tebal ni..tapi tak habis pon aku baca,,hahaha



Novel  aku baca seterusnya adalah karya Sharifah Abu Salem iaitu ‘TAK SEINDAH  MIMPI’ dan ‘TAK SEMANIS IMPIAN’.Aku baca novel ni masa aku tingkatan 3, pinjam dari kawan sekolah.
Novel ni banyak sambungan dia, tapi aku hanya mampu baca 2 siri saja.
Masa study ni, ramai kawan2 aku yang baca novel tapi aku tak berminat nak baca, kalau aku baca pon synopsis je, heee…ada jugak yang aku baca ending je.
Sebab novel bukan hobi aku kot.Kenapa aku tak jadikan novel hobi?
 Sebenarnya bila kita bca novel  ni, kita akan tergedik-gedik bayangkan diri kita heroin, annoying kan..aku tak kata orang tapi terjadi kat diri sendiri..tsk..tsk..tsk.. T_T aku pasti ramai yang baca novel pon akan berangan nak jadi heroin..hahahahaha, 
 
novel karya sharifah abu salem..ada 4 sebenarnya sambungan dia, tapi lebih suka 2 novel ni jew

sebab tu la aku malas nak jadikan baca novel hobi, dah lah kuasa imaginasi aku setinggi gunung kinabalu, kalau aku baca novel pasti  jiwa2 (menangis meleleh2kan? Annoying tak? 
Aku pon annoying kot =P) jadi bagi mengelakkan aku menangis baca novel baik aku terus tak baca..heehehe.Lagi satu yang aku tak minat sangat novel ni sebab   ending cerita dia memang good2 je, cinta akan bersatu..sedang kan reality tidak! 
 
aku  dah paksa anak sedara aku adiahkan novel hahaha..jahat kan mokya dia =P
Cinta memang manis tapi tak semua cinta akan bersatu, ececece..jiwang pulak aku kan, tapi tu lah hakikat cinta.Jadi ini lah kisah aku dan novel…sekarang  sejujurnya aku  teringin sangat baca novel  ‘BUKAN KERNA AKU TAK CINTA’ , tak tahu lah kenapa  aku teringin sangat baca novel ni mungkin sebab drama dia best or mungkin sebab jalan cerita dia yang unik? Dah lama aku tak baca novel, tapi aku teringin nak baca novel ni..dan aku tahu pasti kuasa imaginasi ku takkan tinggalkan aku..heee

Sunday, 11 May 2014

Selamat Hari IBU & AYAH!

Assalamualaikum =) sekarang kita dah masuk bulan kelima dalam tahun 2014..adakah azam anda tercapai?? Eh..eh..dah kenape tibe2  tanya  pasal azam kan=P heee, ok, seperti yang kita maklum, bulan mei banyak hari yang disambut..hari pekerja la..hari guru la..hari  ibu la…ape?? Hari ibu?? Boleh ke sambut hari ibu ni? Hurmmm..saya pon konfius sebenarnya sebab ramai yang sambut..
ada yang berpendapat haram..sebab menyambut hari sempena ibu tuhan..(saya dapat maklumat dari  ustaz mase sekolah dulu2)..ada yang berpendapat harus disambut kerana ingin menghargai ibu anda dan tidak menyalahi hukum2 islam...so?? nak ikut yang mane yew? Pening ke? 
Hehehe..bagi saya senang je..hari  ibu wajib disambut! 
Tetapi setiap hari!!!..adil  ke kite raikan ibu kita hanya sehari?? Pendapat saya mudah je, tak kira ape situasi or hari pon..kite tetap kene raikan ibu or ayah kita..so, memang tiap2 hari lah hari ibu bapa! Hehehehe..macam mane nak raikan? Wajib ke beli adiah? Wajib ke beli kek? ..itu terserah kepada niat masing2 selagi tidak membazir dan menunjuk2..tak mampu nak beli adiah? 


Jangan risau..boleh beli kek..tak mampu nak beli kek?? Jangan risau..cukuplah doa semoga ibu bapa kita masuk syurga tanpa dihisab…saya ingat lagi kata2 kawan saya..hadiah paling besar dan 
berharga untuk ibu dan bapa adalah doa seorang anak..so, tak kisah lah ape pon adiah yang nak diberikan kepada ibu bapa kita..doa jangan lupa..tu je pendapat saya..
dan saya pasti setiap orang ada pendapat masing2..soal haram menyambut hari ibu..itu anda kene bertanya kepada ustaz untuk detail lagi yew..saya tak leh nak komen lebih2 sebab saya masih belajar..n sape2 yang tahu..boleh share dengan saya..
 
cinta hati saya! walaupon ayoh garang..tapi jiwa ayoh paling sensitive..hihihi..i luv both of you!


Tak dinafikan mek dan ayoh saya (panggilan untuk ibu bapa saya) memang insan yang cukup istimewa..tanpa mereka, saya takkan jadi macam sekarang..walaupon saya banyak sakitkan hati mereka..mereka tak pernah berdendam..itu lah istimewanya pangkat ibu dan ayah! saya ingat lagi waktu aku sekolah rendah, malas nak pergi sekolah! Hehehe..citer lame..budak2 kan..hehehe, ari pertama malas nak  pergi alasan sakit perut, ari kedua pon same, n ari ketiga mek saya ambil kayu penyapu kejar saya sebab nak rotan! Itu kali pertama dan terakhir mek saya rotan saya..tapi tak sempat pon..hehe..mek dan ayoh saya tak pernah rotan anak2 die, marah tu normal la kan....tu la kali pertama saya kena..serik!!! huhuhu..sampai sekarang saya ingat lagi peristiwa tu..hehehe..tapi sebab peristiwa tu jugak lah..saya jadi insan yang rajin menuntut ilmu..hihihihi..walaupon mek dan ayoh tak bace nie..cukup saya nak bagitahu satu dunia, yang saya punya mek dan ayoh yang TERBAIK didunia dan In Sha Allah di akhirat jugak!