Sunday, 2 March 2014

IRONI NYA NAK DAPATKAN P!



Assalamualaikum =) P stands for what?? Pisang maybe? Tak pon pucuk paku? Poco2? No..no..no.. P adalah lesen kereta ….hehehe… ironi ke nak dapat lesen P nie? Mungkin orang lain tak tapi  bagi aku yes! Sangat2 ironi nak dapatkan lesen P. Sebenarnya kalau nak ikutkan aku dah lama dapat lesen ni kalau bukan sebab ironinya dia..huhu , Alhamdulillah diusia 22 tahun baru aku dapat lesen P! Aku ambik lesen ni selepas tamat diploma, cuti sementara nak menunggu degree.Cikgu yang ajar aku nie, sepupu aku yang carikan.Namanya biar la rahsia.., aku pon hairan aku ambil dengannya di kuala Terengganu tetapi sewaktu di bengkel aku masuk bengkel diPSM *****.

 Aku ada tanya cikgu, nape belajar jauh sangat, tapi cikgu cakap tu tempat dia yang kat Terengganu nie isterinya die yang ajar.Aku yang blur memang tak tahu pasal kereta ni just ikut jew.Sewaktu bulan puasa , aku memang tak ada latihan kereta, cikgu kate nak rehat sebab puasa.So, aku pon ok je la. Lepas raya, seminggu die ajar aku, die ajar aku bukan di litar tapi di stadium! lepas tu die cakap kene bayar keseluruhan baki lah sebab aku dah boleh test JPJ, aku pon bayar la.


Overall keseluruhan untuk lesen kereta  sahaja seribu lebih , bagi aku sangat mahal tapi ayah aku sanggup nak bayar, jadi aku ikutkan je la.Lepas tu, die mesej bagitaw aku yang aku kene tunggu turn sebab ada student yang nak ke Mesir, jadi die dahulukan student tersebut.Tunggu punyer tunggu aku dah nak daftar dah degree, cikgu tu masih lagi tak kol aku or mesej, aku mesej tak jawab! So, aku masih menunggu..akhirnya memang dah terang2 melayan duit lesen tu.Cerita la kat abg aku (baru nak citer kan....nak citer kat ayah takut kene marah!) abang aku berleter la, ambik lesen tak bagitahu dia awal2,so,nak buat macam mane semua dah terlambat, resit untuk bayaran pon dia tak bagi, janji nak bagi tapi tak bagi2.Salah aku jugak sebab tak bagitahu abang aku, mak aku bab2 lesen ni pon serah bulat2 kat sepupu aku, jadi taknak gaduh, kami diamkan jew.Abang aku nak cari cikgu ni tapi tak tahu nak cari kat mane, dan lagi satu aku langsung takde bukti yang aku dah bayar sebab memang takde resit.


Selepas itu, sem lepas aku bagitahu nak ambil semula lesen, tapi aku ambil lesen ni kat Kelantan dekat dengan rumah kakak aku.Ayah aku tak percaya dah orang lain, ni kakak aku sendiri yang cari cikgu.Aku ambil lesen kat PSM KIST.Cikgu aku cikgu Faisal, ni aku kene betul2 serius nie…aku segan nak ambil lesen sorang2 jadi aku ajak dua orang lagi kawan aku untuk join, so, tiap2 minggu kami ke rumah kakak aku di kampung chap.Perjalanan ke PSM KIST dari rumah kakak aku memang ambil masa,tapi sebab kakak aku yang kate kat situ bagus, aku ikutkan jew…cikgu pon baik2.Walaupon kekangan waktu, aku usaha juga nak siapkan lesen ni.Ade juga hujung minggu tak dapat pergi sebab aktiviti university, lebih2 lagi aku join kelab dengan test , kuiz, assignment n project sumenyer dalam waktu yang padat.Sewaktu test JPJ lagi la banyak dugaan, dan yes aku menangis! Betapa penatnyer aku rasa, tiga bulan aku tak balik Terengganu semata-mata kerana P!! Tapi Alhamdulillah dgn sokongan mek n ayah,kakak aku, kawan2, aku dah dapat pegang P! *Sigh (hahahaha…=))kan aku dah cakap ironinya nak dapatkan P nie. 
 
NI die P aku..hehe
Aku nak ucap byk2 terima kasih kepada cikgu faisal, cikgu din ,kak ayu n sume cikgu (walaupon mereka tak bace nie,aku tetap nak sebut name mereka..perhargaan utk mereka yg xjemu ajar aku).Semua cikgu kat PSM KIST baik2 walaupon mule2 garang....hehe, mase aku nak ambil test JPJ tu, cikgu Din yang jaga kat kereta (cikgu aku, cikgu Faisal jaga kat kawasan test untuk motorsikal) baik hati bagi aku pilih kereta yang aku selesa, selalu keluar jalan raya dengan die garang giler..hehehe…Oleh kerana ironinya  aku dapatkan P nie,jadi aku nekad akan terus memandu dengan berhemah…hahahaha (ayat poyo).Banyak pengajaran yang aku dapat dri kisah aku nie, sape2 teringin nk amik lesen blh la cube di PSM Kist, aku jamin mmg terbaik!!…Salam.
 

  

Wednesday, 26 February 2014

MINATKU HELLO KITTY!



Assalamualaikum dan selamat pagi =) M.I.N.A.T ! aku yakin bahawa setiap orang akan ade minat nyer tersendiri, minat bola, menari, mengumpul setem n etc, aku pun ade minat ..minat aku adalah kepada HELLO KITTY!  Iye, hello kitty…mesti ade yang akan kate ‘macam budak2 la’, ‘tak matang la’ and guess what I don’t care what people said...hehe, aku tak kisah orang nak kate aku macam budak2 ke ape ke, janji aku happy..hihi. Ade dua sebab aku minat hello kitty, pertama sebab hello kitty adalah kucing, aku suka kucing sebab die comey sangat..hehe. Kedua aku minat hello kitty sebab aku suka warna pink, kebanyakan barang2 hello kitty warna pink, tu yang buat aku minat sangat-sangat ..First barang hello kitty yang aku beli adalah, cover laptop, and lepas tu, aku beli satu persatu barang yang ade hello kitty macam ‘kegilaan’ plak..haha, tapi aku masih waras =P.Aku cukup bertuah dapat kakak2 yang faham aku minat hello kitty, banyak hello kitty yang aku dapat jadikan koleksi  hadiah daripada mereka , so, I love soooo much la kakak2 ku..hihihi (baru nak sayang kan =P)

koleksi kitty





antara semua kat atas...yang bukan yew..hahaha..dapat dari miss google


Aku tulis entry minat aku kat hello kitty, bukan niat nak menunjuk, tapi untuk sharing minat kpd kawan2, mungkin ade yang berminat jugak nak kumpul koleksi hello kitty, jadi, kite boleh la seia sekata (amboi ayat..haha) dalam mengumpul bersama2.. =), pesanan aku, tak payah malu nak tunjukkan atau bagitahu kepada kawan2  minat kite, yang penting kita happy! And kpd yang lain please respect orang lain punyer minat, kerana ejekan anda mungkin  boleh menjatuhkan semangat seseorang untuk meneruskan minat tersebut. Salam dari aku =)