Sunday, 11 June 2017

Pertanyaan pengalaman praktikal di KWSP


Salam and selamat pagi =) dah beberapa  bulan dan tahun mungkin tak update blog ni =( . Kesibukan melanda, ingatkan waktu study paling sibuk..tapi salah sangkaan ku!! Entry aku pasal pengalaman di KWSP tu banyak sangat pertanyaan yang aku tak sempat balas, kalau ada pun dah berthun agaknya…maaf dipinta ye =(

Ni ada beberape soalan yang akan aku rumuskan, harap semua terjawab bagi yang ingin mohon praktikal di KWSP dan aku tak tahu relevant lagi ke tak..hahaha, sebab dah 3 tahun dah aku habis praktikal kat sana, mungkin format mereka dah berubah =)
1)      Adakah KWSP akan serap pelajar praktikal ini?

Kemungkinan ada, sebab ada je pelajar yang terus dapat diserap, itu pun bergantung kepada kekosongan dan pihak HQ di KL. Bagi yang ingin lebih pengalaman di KWSP, boleh memohon untuk skim latihan bersepadu KWSP selama setahun. (macam nyatakan diatas, dah 3 tahun kot, aku tak pasti masih ada ke tak skim tersebut, nak confirm..boleh hubungi KWSP)

2)      Berapa elaun yang diberikan?

Hehehe..yang ni tak boleh la nak tulis kat sini, tapi elaun KWSP ok la jugak ;-)

3)      KWSP ada   tak  praktikal untuk pelajar pengurusn sumber manusia?

     Semua khusus dan kos boleh mohon di KWSP, sebab kita akan diletakkan disetiap department yang berbeza sepanjang tempoh praktikal. So, secara tidak langsung kite akan didedahkan dengan suasana kerja yang sebenar.
4)      salam kak . kalau nak apply tempat praktikal ni kena awal- awal ke ? 2 sem sebelum praktikal ke ?

saya mohon 2 bulan sebelum, mengikut surat universiti yang dikeluarkan tetapi kalau nak survey awal-awal, digalakan =)

5)      Salam akak. Tempat tu ada department IT tak?

Semasa saya praktikal departmnt IT tiada di KWSP tersebut  tetapi  kerja berkaitan IT ada je. Cube apply dulu

6)      Salam, boleh tahu x sis mohon mcm mana? Direct ke cawangan or hq? Respon dr dorg lama ke x?
Saya mohon dengan menghantar resume direct kepada KWSP cawangan yang ingin dimohon. Respon yang saya dapat 3 4  minggu sebelum  tarikh lapor diri. Sila semak email kerana saya dapat melalui email =)

7)      Hello..elaun yg kwsp provide tu evrymonth rm750 ka?or rm750 for 3 month?

Berape elaun yang diberikan itu adalah untuk setiap bulan =)

8)      Nak tanya, KWSP ambil pelajar ikut keputusan akademik ( CGPA ) ke kokurikulum ? Selalunya, kena tunggu berapa lama untuk dapat balasan dari KWSP ?

CGPA memainkan peranan jugak, tapi cuba je apply..itu semua rezeki =) ,

9)      assalam.. macamne nk dptkan email kt branch kwsp yg kite nk buat intern?

Saya dapat melalui google..hehehe, kalau nak tunjuk kesungguhan lagi, boleh terus direct ke KWSP cawangan untuk bertanya.

10)   Apa yang perlu dihantar?

Saya  hantar Resume paling latest, cover letter, surat daripada universiti (surat untuk kebenaran praktikal) , latest cgpa (mini traskrip yang belum complete) dan salinan IC


Ada lagi tak pertanyaan?  Boleh email terus azia_nadia@yahoo.com . Diingatkan ini berdasarkan pengalaman saya sahaja! Itu pun 2 3 tahun lepas..hehehe, tapi harap dapat membantu tau =) ampun maaf dipinta kalau ada yang tak terjawab and ada yang 2 3 tahun lepas baru terjawab..huhuhuhu..busy mengatasi segalanya. Oh ya, nanti saya akan publishkan thesis kajian yang saya lakukan untuk permintaan akhir sebelum bergraduasi!! Hee..adios =)

p/s: pada yang bertanya saya kerja dimana sekarang? Hee, saya berkerja sementara di UMT ...in sha Allah akan sambung belajar nanti =) doakan ye =)