Assalamualaikum dan selamat pagi, bagaimana
hari anda? Hebat? Hehe. Ni entry sambungan mencari tempat praktikal di KWSP.
Ramai junior2 aku yang tanya pengalamn ni, yela..newbie praktikal..hehehe, aku
dulu pon cuak jugak ok! Malam sebelum praktikal langsung tak lena tidur! Tsk
tsk..sadis kan? Hehe =P So, bila kita nak praktikal ni, mesti kita risau..macam
mane suasana kerja, macam mane perangai staff2 , kerja apa kene buat..mesti
kita akan fikir oh, praktikal je kot..paling kurang photostat surat! Hehehe..ye
idok? Actually, banyak sangat kerja di KWSP ni yang kita boleh kutip sebagai
pengalaman, memang la tak dinafikan akan ada sesi photostat tu..tapi biase2
je..bukan setiap saat ok! So, ni pengalaman aku di KWSP Terengganu..aku
praktikal di KWSP selama 3 bulan so, setiap 3 minggu aku akan bertukar2
department. First aku masuk di Bahagian seksyen pengurusan operasi. Di bhagian
ni, aku paling rapat dengan puan che azma tapi aku panggil kak ma je, die
memang baik tapi yang in charge aku adalah Puan Fatimah Meriani yang mesra aku
panggil kak ani. So, berkaitan gaji, cuti dan laporan aku akan rujuk kak ani
ni. Di Bahagian ni, lebih kepada pegurusan operasi, kadang-kadang aku masukkan
data kesihatan staff2 mengunakan oracle, ada juga aku tolong kak ma dalam
perkeranian, susun surat atau fail, photostat surat2 , menaip surat2 dan etc.
Di sini, anda boleh la rasa pengalaman perkeranian dan urus tadbir. Lepas 3 minggu aku kat
Bahagian ni, aku dipindahkan ke seksyen perkhidmatan iaitu Bahagian kaunter
bawah yang jumpa pencarum tu..senyum itu pasti! Hehehe..tu cara layan
pelanggan. Kat Bahagian ni yang in charge aku adalah kak azi, pon baik
jugak..sporting giler ok! Tak perlu takut kene ragging..hehehe..kat Bahagian ni
aku dapat rase pengalaman yang lain,
jaga kaunter khidmat pelanggan, masa nilah aku tahu jenis2 pengeluaran di kwsp
ni, antara pengeluaran 1 juta, 55 tahun, untuk haji, 60 tahun dan macam2. Di
Bahagian ni menguji kita kesabaran yang tinggi ok! Sebab kita akan jumpa macam2
ragam pelanggan ni..apa yg penting? Senyum! Hehehe..bile petang aku buat
pelupusan borang, masukkan data dalam spss atau excel. Masa aku praktikal ni,
kebetulan annual dinner KWSP ni dh dekat, so..aku tolong siapkan montaj untuk
makan malam..cari gambar2 KWSP dan lakarkan banner untuk makan malam…Lepas tu
aku pindah di Bahagian penguatkuasaan / enforcement . Bahagian banyak berkaitan
dengan statistics, so kene la dengan ijazah aku kan? Yeay! =) Bahagian ni aku
banyak tolong masukan data dalam excel dan lakukan balancing untuk jumlah
caruman majikan. Memang agak sukar sikit, tapi jangan bimbang..ada staff yang
membantu. Selain tu, aku juga buat minute fail dan kadang2 tolong staff lipat
surat untuk dihantar kepada majikan. Lastly aku diletakkan di Bahagian
caruman/kewangan, kat Bahagian ni aku tak lakukan banyak sangat kerja sebab aku
banyak mc, ayah aku sakit..jadi memang banyak lah aku mc waktu ni..aku juga tak
sempat pergi ikut staff ke KWSP cawangan untuk aktiviti caruman. Setiap bulan,
Bahagian caruman akan pergi berjumpa majikan, tak kisah lah dimana pon..time
ni, uollss boleh la panggil outstation..kikikiki, aku tak sempat rase
pengalaman ni..kat Bahagian ni juga kita akan diajar cara mengunakan e-caruman
secara online, ni pon aku tak sempat rasa pengalaman =( .So, waktu 3 bulan aku di kWSP ..aku
singkatkan jadi cerpen pendek ini,,hehehe..harap dapat memberi gambaran kepada
adik2 yang ingin mohon latihan praktikal di KWSP…banyak pengalaman kan? So,
siapa kata praktikal hanya photostat je? Hehehe..
Oh yea..lupe nak citer, setiap awal bulan akan
diadakan perhimpunan bulanan..masa ni
wajib lah anda sertai ye..hehe, time perhimpunan akan ada nyanyian
negaraku dan lagu KWSP..lepas tu hal isu semasa dan syarikat, ada ucapan ketua
negeri EN Rahmat Ali dan last sekali ada penyampaian hadiah kepada staff yang
cemerlang dan menyambut hari lahir bagi setiap bulan tersebut. Di sini juga,
setiap khamis ada kuliah agama, dan setiap hari rabu ada kelas mengaji Al
quran. Best KAN? hehe
Setiap tugas diberikan bergantung kepada
available ke tak..jangan nanti anda dapat praktikal di KWSP, anda kata..saya
baca dalam blog tak femes tu (hahaha) tak ade pon kerja balancing or etc..kerja
yang kita dapat bergantung kepada staff, so..apa yang penting anda jalani
praktikal dengan happy dan penuh semangat! Aku ucapkan good luck dan selamat
menjalani latihan praktikal kepada semua! =)
p/s: staff KWSP kuala Terengganu memang sweet2
dan baik sangat2 ok! Tq sebab anjurkan majlis perpisahan..tsk..tsk..4
department, keempat2 anjur majlis perpisahan..tak sweet ke tu? Hehehe.